berita

‘Dalam Hati Mak, Kau Dah Tak Ada!’ – Dilema ‘Dibuang’ Ibu Sendiri, Walaupun Dah Berkorban Harta & Nyawa…

February 10th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

(gambar sekadar hiasan)

Di Facebook, aktivis sosial yang dikenali ramai, Syed Azmi kongsi kisah seorang lelaki yang meluahkan perasaan kecewa dengan kehidupannya sepanjang bergelar anak kepada ibu kandungnya sendiri. Menurut lelaki ini, dia dilayan teruk seolah-olah dia bukan anak kandung. Malah perkara ini berlarutan sehinggalah dia mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Sedihnya..

Berkorban demi keluarga

(gambar sekadar hiasan)

Tujuan saya menulis ini. Saya nak mencari kekuatan. I have a succesfull life, but a horrendous relationship with my parents & siblings. Dulu saya lead family bisnes. Saya sulong, 4 adik beradik laki. 5 tahun saya lead family bisnes, every month, i manage to get in around hundred thousand ringgit for my mother & father.

All went ok until my brother, anak kedua balik dari belajar. Dia memang anak favourite mak saya. Tahap favourite nya tu, sampaikan saya dah berkahwin pun, mak saya bercerita buruk tentang saya kepada mak mertua & makcik2 (adik beradik mak mertua saya).

Lelaki berusia 30 tahun ini mempunyai 3 orang anak mempunyai kehidupan dan kerjaya yang baik kecuali hubungannya bersama adik-beradik dan ibu bapanya sendiri.

Saya sebenarnya dah lama lupakan dan belajar terima perangai mak saya. Saya belajar agama dapat rapatkan diri dengan Tuhan. Alhamdulillah Allah berikan redha dan ajar saya terima perangai mak saya.

Menurutnya lagi, sejak kecil dia berjaya membuka bisnes keluarga walaupun dibenci oleh ibunya sendiri. Sehinggakan ibu sendiri pernah bercerita buruk mengenainya kepada ibu mertuanya dengan membuat perbandingan dengan adiknya.

Dibuang keluarga sendiri

(gambar sekadar hiasan)

Perkara ini berlarutan sehinggalah ada satu pertikaian dalam bisnes yang terjadi membuatkan lelaki ini makan hati dan menjenguk rumah ibunya selama 8 bulan.

Mak saya mula mensisihkan saya dengan lebih teruk, dia kata macam macam kat anak saya yang masa tu umur 1 tahun dan 6 bulan. Mungkin sebab anak kesayangan dan harapan dia dah balik. Kemuncak yang sampai tahap saya dan famili kecil saya dibuang dari keluarga.

Akibat masalah tersebut, ibunya tergamak memburukkan dia di hadapan anak-anaknya yang ketika itu baru berusia 1 tahun dan 6 tahun. Malah mereka turut dibuang dari keluarga sehinggalah adik-adiknya menyuruh ibunya menelefon dan bertanyakan khabar mengenai keluarganya. Walaupun dia merasakan adik beradik lain tidak perlu masuk campur hal ini memandangkan dia lebih kenal ibunya sendiri.

Tapi adik beradik saya ni satu macam. Yang nombor 2 (favorite mak) tu isap ganja tegar. Saya cakap la apa pun, dia bukan paham sangat sebab terlampau kuat isap ganja. So disebabkan kebodohan adik saya no 2 dan 3 ni, cakap pun tak dengar. Dorang boikot dan tak bercakap dengan mak saya.

Disebabkan ibunya tertekan kerana adik-adiknya turut sama tidak bercakap dengannya, dia mula menceritakan hal lelaki ini yang mempunyai sejarah mental dan hampir masuk hospital gila kerana menipu duit kawan-kawan. Lebih menyedihkan apabila ibunya turut mengungkit perangainya ketika kecil semata-mata ingin mendapat sokongan dari anak-anaknya yang lain.

Abang ini anak ke tak?

(gambar sekadar hiasan)

Luahan ini sempat direkod oleh adiknya untuk didengari olehnya. Perkara ini membuatkan dia kecewa teramat sangat dan mempersoalkan kenapa sampai begitu sekali ibu membenci dirinya.

Saya tertanya-tanya, saya ni bukan anak dia jugak ke? Kenapa sampai ke tahap ni just to win the argument, saya ni takde nilai ke? Kenapa sampai reka cerita bukan-bukan tentang saya , isteri & anak-anak. Saya rasa macam tak dipilih, macam konon kalau hakim tanya mak saya sekarang anak mana yg kau nak bunuh, dia pilih untuk bunuh saya.

After all i sacrificed for the bisnes, sampai dia tak payah kerja dan makan hasil bisnes almost 100k a month for five years. All the pressure she put on me during the bisnes. All the pressure she put onto my wife (pernah kena marah pasal bisnes masa berpantang). She still choose to murder my name in front of my siblings.

Selepas kejadian tersebut, adik beradiknya mula membuangnya sehinggakan anak-anaknya menegur pakcik makcik mereka, masing-masing tidak layan. Malah sehinggakan ke hari ini, adik beradiknya mula tidak hormat padanya.

Sampai tahap nenek saya tegur. “B, ni abang ni, hormat sikit” Dia jawap “mampus lah”. Masa tu lah saya bangun dan tiba-tiba adik saya angkat saya dah lambung ke tanah. Badan dia memang dua kali ganda saya. Mak saya turun dari rumah dan peluk anak kesayangan dia. Saya sempat tanya soalan dkt mak : “Sebenarnye abang ni anak ke tak? Sebab kalau anak, abang tak rasa mak treat ktorg macam anak”

Sehingga ke hari ini, lelaki ini tidak pernah tahu khabar keluarganya namun dia masih ingat ayat terakhir ibunya “Dalam hati mak, kau dah takde”. Walaupun tidak tahu silap dimana, sehingga ke hari ini dia tidak dapat melupakan kejadian tersebut dan sangat berdendam hingga sanggup tetak kaki adiknya. Ada ketika dia juga pernah terfikir untuk melanggar adiknya dengan kereta kesan daripada peristiwa ini.

Sumbe : Syed Azmi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×