Kehilangan orang tersayang terutamanya ahli keluarga merupakan perkara yang sangat menyedihkan dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Begitulah perasaan yang dialami oleh Aisyah Fitri selepas pemergian adik lelaki kesayangannya iaitu Aidil Aiman Bin Rosidin.
Al-fatihah
Arwah hidap sakit buah pinggang
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Aisyah, dia memberitahu bahawa adiknya itu merupakan seorang pesakit buah pinggang dan sudah 3 minggu arwah adiknya itu tidak melakukan dialisis. Sehingga lah pada satu hari arwah ada mengadu yang dia sakit dada dan mengalami sesak nafas.
Tanda-tanda sebelum arwah ‘pergi’
Menceritakan kisah itu, Aisyah memberitahu bahawa mereka sekeluarga sudah meminta arwah untuk menjalani dialisis tetapi dia enggan sebaliknya hanya menjawab keadaannya baik-baik sahaja. Dalam masa 100 hari sebelum meninggal dunia, arwah dikatakan sudah menunjukkan tanda-tanda pemergiannya di mana deria rasanya sudah semakin hilang dan arwah lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga. Arwah pada ketika itu lebih banyak mendiamkan diri dan hanya memerhati ahli keluarganya dalam diam sahaja.
‘Dia selalu baring dekat katil Aisyah’
Arwah banyak berubah
Tambah Aisyah lagi, arwah adiknya itu sudah berubah dan semakin manja dengan ahli keluarga sejak dia disahkan menghidap sakit buah pinggang. Aisyah juga menyifatkan arwah sebagai seorang insan yang memendam rasa dan tidak suka menyusahkan orang lain. Dalam kesempatan itu, Aisyah turut mengingati orang ramai supaya lebih menghargai adik-beradik dan ahli keluarga ketika mereka masih ada di sisi.
Sumber: Aisyah Fitri