Kisah rumah tangga personaliti media sosial, Alif Teega dan isteri-isterinya menjadi bualan hangat ketika ini dan turut mendapat perhatian selebriti tempatan antaranya pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Artikel Berkaitan: Michael Ang Respon Isu Melayu Pemalas – ‘Dia Ada Cakap Bergurau ..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Viralkan Gambar Alif Teega & Wanita Dipercayai Fatin Umaidah Dalam Kereta – ‘Patutlah Tak Bagi Check Dashcam, Takut Kantoi!’
Macam drama tv
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Michael berkata dia sama sekali tidak menyangka ‘plot twist’ yang akan berlaku selepas tersebarnya laporan kesihatan sejak semalam.
Baru je suruh rakyat Malaysia jangan cakap bukan-bukan dan fitnah..semua baik-baik antara suami, isteri dan isteri kedua. Dengan adik ipar pun semua ok dan duduk bersemuka. Baguslah macam tu.
Jeng jeng jeng..’plot twist’ terjadi lagi bagus dari drama. Ada orang dedahkan laporan (tak pasti sama ada laporan palsu atau tidak). Kalau betul laporan tu memang ‘meminta’ la daripada netizen. Gelap la masa depan pak alim.
Sementara itu, pengarah filem Kimchi Untuk Awak ini juga sudah tidak sabar lagi menanti ‘drama’ yang akan berlaku seterusnya berhubung isu tersebut.
Saya tertanya-tanya dalil apa la mamat ni akan guna untuk menghalalkan perbuatan dia. Tak sabar nak tahu apa seterusnya!
Walaupun Michael tidak menyebut nama mana-mana individu namun rata-rata warganet mengaitkan hantarannya itu dengan pempengaruh, Alif Teega.
Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang Alif yang mengumumkan bahawa dia sudah bernikah lain.
Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.
Manakala, Aisyah mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.
Sumber: Instagram Michael Ang