
Penyanyi, Daniesh Suffian tidak menumpang populariti rakan seindustri seperti Azharina Azhar dan Bella Astillah demi mengejar kemasyhuran.
Artikel Berkaitan: Azharina Menangis Dengan ‘Dr Healing’, Terlalu Penat Emosi & Mental
Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Orang Kenal Saya Sebagai Daniesh Suffian’
Ketika ditemui OhBulan!, Daniesh menyifatkan kolaborasi tersebut sebagai peluang besar untuk dirinya terus mengorak dalam industri muzik.
Jelasnya, keputusan yang dibuat bukan dipaksa sebaliknya hasil daripada persetujuan kedua belah pihak.
Bagi saya itu adalah peluang, bukan menumpang populariti.
Saya tak pernah paksa orang untuk kolaborasi bersama, semuannya atas persetujuan kedua pihak.
Daniesh berkata demikian ketika majlis pelancaran lagu duet, Gunung Kinabalu nyanyiannya bersama Azharina, baru-baru ini.
Meskipun masih belum cukup dikenali walau sudah lebih tujuh tahun bergelar anak seni, Daniesh, 27, tidak terdesak untuk menimbulkan kontroversi panas.
Kata pelantun lagu Terabadi, dia mahu menjaga nama baik ahli keluarga dan kekal bersih dalam industri muzik.
Memang ada jalan mudah agar terus dikenali tetapi saya memilih untuk kekal bersih.
Kalau buat kontroversi atau publisiti murahan, saya tak mahu perkara itu beri kesan kepada keluarga.
Pengalaman bermakna

Dalam pada itu, disoal mengenai kolaborasi menyanyikan lagu patriotik pertama Azharina, Daniesh menyatakan itu adalah pengalaman yang sangat bermakna dalam perjalanan seninya.
Bagi Daniesh, berkolaborasi dengan Azharina bukan sekadar peluang profesional, tetapi satu momen keluarga yang penuh emosi dan kenangan.
Projek ini memberi saya peluang baharu dalam karier. Bekerjasama dengan Kak Azharina, yang juga sepupu saya sendiri, membawa rasa istimewa.
Kami dapat merasakan chemistry yang kuat sepanjang proses rakaman. Kami juga menerima banyak maklum balas positif daripada peminat.
Ramai yang menyokong dan meminta kami teruskan kerjasama ini.
Lagu Gunung Kinabalu sudah dilancarkan secara rasmi pada 3 September lalu, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.
Ia boleh distrim di semua platform digital utama termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music.
Video muzik rasmi turut dilancarkan serentak dan dijangka menjadi antara tontonan utama sempena Hari Malaysia tahun ini.








