Foto: Harian Metro
Atlet kelahiran Sarawak, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj menyatakan dia memilih Islam sebagai cara hidup yang baharu selepas tertarik dengan cara umat Islam mengamal dan mempraktikkan ajaran agama berkenaan.
Minat Islam menerusi kawan
Memetik laporan Harian Metro, Eilisha yang merupakan penerjun muda negara itu mula mengenal Islam menerusi kawannya di sekolah rendah dan cuba mempraktikkan serba sedikit amalan dilakukan kawan-kawannya sebelum memutuskan untuk beragama Islam ketika pada 13 tahun.
Tambah Eilisha lagi, dia begitu bersyukur selepas keinginannya untuk memeluk agama Islam itu disokong baik kedua ibu bapanya yang sudah memeluk Islam terlebih dahulu berbanding dirinya.
Dulu saya Kristian dan juga kedua-dua ibu bapa saya. Sebenarnya daddy saya sudah lama nak peluk Islam cuma mommy saya ketika itu belum bersedia untuk bertukar agama.
Namun selepas satu kejadian berlaku, barulah ibu saya terbuka untuk memeluk Islam. Setahun selepas itu kami adik beradik memeluk Islam cumanya tak semua kerana tiga daripada lima sahaja yang bersetuju.
Saya tertarik dengan agama Islam kerana saya percaya bahawa tuhan itu satu dan tiada tuhan selain Allah. Saya mula minat dengan agama Islam ketika usia tujuh tahun apabila bergaul dengan kawan-kawan yang beragama Islam.
Saya suka cara mereka malah saya juga kadang-kadang ada ikut cara mereka seperti baca doa sebelum makan dan juga ketika saya berusia 12 tahun saya sudah cuba untuk berpuasa tapi tak penuh.
Sekadar info, Eilisha yang kini berusia 17 tahun merupakan anak kepada bekas atlet terjun wanita Sarawak, Victory Emmy.
Sumber: Harian Metro