berita

Dapat Pin Tambah Nilai Bernilai RM20 & 10,000 Mata Ganjaran PLUSMiles Bila Korang Guna RFID Raya Ni!

April 28th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Malaysia kini berada di dalam fasa endemik dan sempadan telah pun dibuka. Dengan hari Raya yang bakal menjelang, sudah semestinya lonjakan trafik bakal berlaku betul tak?

Apatah lagi bila dah 2 tahun kita tidak beraya bersama dek kerana sekatan pergerakan ketika pandemik Covid-19! Mesti semua excited nak balik kampung!

Korang taukan lebuhraya PLUS boleh guna RFID? Korang boleh pilih mod pembayaran RFID dan nikmati ganjaran!

Korang berpeluang untuk dapatkan RM20 Touch’n Go Reload Pin ni bila korang guna RFID hari-hari

Korang perasan tak makin banyak orang guna RFID sekarang ni? Korang pun kena lah mula gunakan RFID juga!

Bermula dari 8 April sehingga 2 Jun 2022, pelanggan RFID berpeluang untuk dapat pin tambah nilai Touch ‘n Go eWallet bernilai RM20!

Selain itu, PLUSMiles juga tawar 10,000 mata ganjaran Raya ni!

Bagi yang dah selalu guna mata ganjaran PLUSMiles ni mesti korang tahu apa yang korang boleh dapatkan dengan mata ganjaran tersebut kan?

Macam-macam boleh diredeem! Termasuklah kredit TNG e-wallet sebanyak RM50!

Jadi kalau korang combinekan hasil kemenangan korang iaitu pin tambah nilai RM20 dan redeem TnG e-wallet sebanyak RM50 menggunakan mata ganjaran PLUSMiles ni korang akan dapat RM70 weh! Kos pasang tag RFID pun cover, siap ada balance untuk berbelanja! 

Paling best, bukan seorang atau 2 orang tetapi 10 orang pengguna yang bertuah akan dipilih setiap hari sebagai pemenang berdasarkan kekerapan mereka menggunakan semua lebuhraya PLUS dan menggunakan RFID sebagai mod pembayaran.

Ada lebih daripada 5 juta mata ganjaran bakal diberikan guys! Bukan sikit-sikit tau.

Semua plaza tol akan ada sekurang-kurangnya 1 lorong RFID!

Untuk memastikan perjalanan pulang ke kampung korang berjalan dengan lancar, pihak PLUS menggalakkan korang untuk guna mod pembayaran RFID yang akan berada sekurang-kurangnya 1 lorong di setiap plaza tol.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAYS (@saysdotcom)

Ha memang syok guys kalau guna RFID ni, lagi best sebab nak top-up pun boleh guna e-dompet je! Tak payah susah-susah cari tempat nak berhenti untuk tambah nilai. Lagi lambat korang sampai ke kampung halaman nanti.

Selain itu, korang tak payah risau kalau RFID korang tak ada bateri atau memerlukan sebarang alat. Korang hanya perlu tampal je sticker RFID tersebut di bahagian depan kereta dan aktifkan dan linkkan ke akaun Touch ‘n Go e-wallet korang. Dah boleh guna!

So apa lagi guys? Nak dapat ganjaran pun dah cukup mudah, jom tukar ke sistem RFID hari ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ni korang boleh ke laman web PLUS di rfid.plus.com.my

Selamat pulang ke kampung halaman!

SKIP THIS AD ×