berita

Dapat Tempat Ke-3, Ini Kisah Tragik Yang Ramai Orang Tak Tahu Jadi Pada Dzawin Di Pentas Akhir MLM 2017

May 8th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

2

Jumaat lepas merupakan minggu terakhir Maharaja Lawak Mega 2017 yang menyaksikan kumpulan Bocey muncul juara. Shiro naib johan dan satu-satunya peserta solo dari Indonesia, Dzawin mendapat tempat ke-3. Seperti peserta lain, Dzawin punyai fasa naik jatuh dalam persembahan MLM 2017.

Tapi tak ramai yang tahu bahawa Dzawin punyai masalah besar ketika melakukan persembahan di peringkat final MLM 2017. Ini kisahnya..

Bapa nazak ketika buat persembahan

Screen Shot 2017-05-08 at 1.06.27 PM

Dzawin, anak kelahiran Indonesia mengakui bahawa dia terpaksa meneruskan persembahan di MLM 2017 jumaat lepas meskipun mengetahui ayahnya sedang nazak di hospital. Tambahnya lagi, detik itu merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakannya sepanjang bergelar pelawak.

Pengalaman paling sedih bergelar seorang pelawak adalah saya harus menghiburkan orang ramai meskipun ketika itu ayah saya sedang kritikal di hospital.

Saya harus meneruskan persembahan kerana telah terikat dengan kontrak dan tidak mahu menghampakan peminat yang hadir.

Pernah juga saya marah kepada diri sendiri apabila memilih untuk menjadi seorang pelawak. Namun itu semua merupakan sejarah hidup saya yang pernah dilalui sepanjang bergelar seorang pelawak.

Selain itu, berkat usaha Dzawin telah berjaya mendapat tempat ke-3 walaupun ramai yang menyangka dia akan menduduki tempat terakhir. Tahniah buat Dzawin!

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×