berita

‘Darah Haid Keluar Banyak..’ – Servik Seakan Ditoreh Benda Tajam, Doktor Terkejut Bila Dapat Tahu…

December 23rd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Seorang doktor kongsi pengalaman seorang pesakit alami pendarahan banyak di alat kelamin. Pada awalnya, pesakit hanya memberitahu sekadar pendarahan haid biasa. Namun selepas diperiksa, doktor ini mendapati ada selaput putih seakan-akan kulit ayam. Apabila ditanya, ini jawapan pesakit…

Pendarahan yang banyak

(sekadar gambar hiasan)

“Hello. Assalamualaikum Dr Izzat, gynae oncall harinikan?”. “Waalaikumussalam. Ya saya. Sapa di sana?”. “Saya Dr Ain dari Zon Merah ( Jabatan Kecemasan ). Nak refer satu kes. Maaf ganggu boss time time gini”. “Ok teruskan. Kes ape tu Ain?”. “35 tahun, katanya period banyak since semalam. Masa datang tu nampak pucat dan tak bermaya. Bila check BP lowish, tachycardic ( tekanan darah rendah dan nadi laju ). Kain dia pakai tu basah separuh. Dia ada bawak gak kain dari rumah. Kain tu penuh darah”. “UPT dah buat?”. “Baru hantar lab boss. Nnti saya trace urgent”. “Ok jap saya datang review”

Setelah review dan history taking, memang pesakit ni hilang banyak darah. Tu yang tekanan darah nya jatuh menjunam dengan nadi laju ( hypovolemic shock ). Speculum dimasukkan. Darah-darah beku yang menganggu view dibersihkan guna sponge forceps. Cari punya cari, finally boleh nampak pangkal rahim (cervix) dengan jelas. Alhamdulilah.

Doktor ini menerima panggilan dari doktor lain mengenai kes pesakit ini. Katanya pesakit mengalami pendarahan haid yang banyak sehingga membuatkan tekanan darahnya rendah. Doktor ini terus membuat pemeriksaan untuk memastikan masalah yang berlaku.

Pasir melekat di servik

(sekadar gambar hiasan)

Yang menjadi tanda tanya, cervix nye seakan-akan ditoreh dengan benda tajam, ada benda selaput putih seakan-akan kulit ayam menjulur keluar dari cervix (serpihan janin) . Saya pun bersihkan area cervix tu sekali lagi, untuk dapatkan lebih gambaran jelas pada cervix. Lap punya lap, cervix terasa kasar, seolah-olah bergerutu.  Gauze yg digunakan utk pembersihan tu diteliti, rupanya ada pasir melekat pada cervix. “Pasir ??”. “Sofia (bukan nama sebenar), kenapa ada pasir kat bawah ni? Awak buat apa sebenarnya. Berterus terang dengan saya. Kalau awak terus biarkan saya berteka teki jam 3 pagi ni, nyawa awak dalam bahaya” Maka pesakit (sofia) pun memulakan ceritanya.

Kehamilan ke 5 ni tidak dijangka kehadirannya, tidak mengamalkan perancangan keluarga sebelum ini. Anak no 4 baru berumur setahun. Atas kesempitan hidup dan kewangan, beliau bertindak untuk menggugurkan kehamilan. Beliau mengambil keputusan untuk berjumpa bidan Mak Esah. “Dia gunakan buluh runcing katanya boleh pecahkan kantung bayi tu dan janin boleh keluar. Memula pendarahan sikit je Doktor. Lama kelamaan dah terlampau banyak sampai dia taktau nak buat apa. Disuruhnya saya pegi ke hospital”. Mata yang kuyu pada jam 3 pagi terus menjadi buntang. Rasa mengantuk terus hilang. Ada sebab kenapa saya bebel kat wad hari-hari untuk mak-mak ni amalkan perancangan keluarga (family planning) selepas bersalin.

Selepas diperiksa betul, doktor terkejut apabila ada pasir di ruangan servik pesakit ini dan ianya seakan-akan ditoreh dengan pisau. Menurut pesakit dia menggugurkan kehamilannya dengan seorang bidan. Bidan tersebut menggunakan buluh runcing untuk pecahkan kantung bayi.

Sumber : Muhammad Izzat

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×