Sekadar gambar hiasan
Seorang remaja perempuan dipercayai telah menyembunyikan kehamilannya selama sembilan bulan daripada ahli keluarga termasuk ibunya.
Namun, segala-galanya terbongkar selepas gadis itu disyaki melahirkan bayi secara bersendirian di belakang rumahnya di Kampung Geting, Tumpat.
Jumpa bayi belakang rumah
Lokasi penemuan bayi
Menurut ibu remaja berkenaan yang dikenali sebagai Liza memberitahu bahawa dia dihubungi oleh anak perempuannya yang memaklumkan terdengar jeritan bayi dari belakang rumah dan mendakwa ada individu membuang bayi.
Liza kemudian pulang ke rumah dan melihat seorang jirannya memangku bayi perempuan. Difahamkan, bayi tersebut ditemukan dalam keadaan berbogel dengan tali pusat sudah dipotong. Uri pula ditanam tidak jauh dari tempat bayi itu ditemukan.
Saya mendesaknya untuk mengaku bahawa bayi perempuan itu anaknya tapi dia enggan sebaliknya mendakwa lelehan darah yang turun di betisnya adalah kerana datang bulan.
Susulan daripada itu, mereka menghubungi polis dan remaja serta bayi tersebut telah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.
Anak tak mengaku lahirkan bayi?
Bayi perempuan ditemui belakang rumah
Menurut Liza, anak perempuannya yang masih belum berkahwin itu sebelum ini tinggal di rumah bapa kandungnya (bekas suami Liza) dan baru tinggal bersamanya sejak Ramadan lalu selepas lelaki itu meninggal dunia.
Ujarnya lagi, dia langsung tidak mengesyaki apa-apa kerana fizikal anaknya itu memang semula jadi berisi malah dia langsung tidak menunjukkan perubahan ketara sebaliknya hanya memberitahu rasa kurang sihat dan kerap lapar.
Sementara itu, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi perempuan itu dan siasatan lanjut sedang dibuat.
Sumber: Harian Metro