berita

Dari 100kg Ke 57kg, Wanita Ini Kongsi Rahsia Berjaya Turun Berat Badan Dalam Tempoh 11 Bulan

February 5th, 2021 | by Shahira
Kesihatan & Hidup Aktif

Setiap individu terutamanya golongan wanita pasti mengimpikan tubuh badan yang langsing dan sihat. Oleh itu, pelbagai usaha yang dilakukan mereka untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.

Terbaru, seorang wanita ada berkongsi tips yang diamalkan sehingga dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 43 kilogram. Wah, bukan mudah tu!

Turun 43 kilogram

Kisah itu dikongsikan oleh Hidayah Adam menerusi Facebook Diet Suku-Suku Separuh. Menurut Hidayah, berat asalnya adalah 100 kilogram dan dalam tempoh 11 bulan sahaja, berat badannya kini sudah mencecah 57 kilogram. Ibu kepada empat orang anak ini memaklumkan perjalanan menurunkan berat badannya itu bermula pada bulan September tahun 2019.

Saya 33 tahun, mak kepada 4 anak. Journey saya start bulan 9 2019 dan berjaya dapat berat ideal masa PKP 2020.

Menurut wanita ini, perkara utama yang dilakukannya adalah dengan mengurangkan sukatan pengambilan makanan dan mengikut kaedah suku-suku separuh. Jelasnya lagi, sehingga kini dia masih mengamalkan kaedah tersebut. Baginya, sukatan yang dicadangkan itu sangat baik dan sesuai untuk tubuh badan setiap individu.

Kentalkan fizikal dan mental

Bercerita lanjut mengenai perjalanannya sehingga berjaya menurunkan sebanyak 43 kilogram, Hidayah memberitahu dia juga ada melakukan senaman sebanyak 3 kali seminggu selama satu jam.

 Jika tanya senaman, hanya 2 jenis senaman sahaja saya lakukan adalah sukan muaythai dan bodyweight training. Kepada fighter yang sedang turunkan berat badan satu je saya nak pesan kentalkan fizikal dan mental.

Aim untuk cara hidup yang sihat dan bukan untuk kurus semata-mata. Journey kita bukan stop bila kita dapat berat ideal tapi sepanjang kita hidup. Be healthy be fit! You can do it gurlz!

Sementara itu, Hidayah sempat menasihati orang ramai supaya sentiasa konsisten dalam apa juga yang dilakukan dan jadikannya sebagai satu amalan gaya hidup sihat.

Sumber: Hidayah Adam (Diet Suku-Suku Separuh)

SKIP THIS AD ×