berita

Dari 185kg Ke 94kg, Lelaki Ini Kongsi Rahsia Turun Berat Badan Tanpa Diet ‘Ekstrem’

November 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sudah menjadi lumrah, setiap manusia tidak kira perempuan ataupun lelaki pasti mengimpikan tubuh badan yang kurus dan sihat. Hal ini kerana, memiliki berat badan yang tidak terkawal sedikit sebanyak menyukarkan pergerakan harian kita selain boleh menyebabkan penyakit seperti obesiti, kencing manis, masalah jantung dan lain-lain.

Terbaru, seorang pengguna Twitter, Mr Manshor Jr ada berkongsi pengalaman dan tips yang dilakukannya sehingga berjaya menurunkan berat badan dari 185 kilogram ke 94 kilogram. Wah bukan biasa-biasa ni, memang power lah!

Bukanlah satu perkara mudah

Menerusi perkongsian di Twitter, lelaki ini mengakui menurunkan berat badan bukanlah sesuatu perkara yang mudah tapi ianya tidak mustahil untuk dilakukan. Apa yang paling penting adalah anda perlu mempunyai dorongan dan motivasi untuk melakukannya selain perlu mengamalkan kehidupan yang sihat.

Mendapat bimbingan pakar

Sebelum ini, berat badan lelaki ini mencecah 185 kilogram. Tetapi selepas mengamalkan diet yang sihat dan melakukan senaman, kini dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 91 kilogram. Bercerita lanjut, Mr Manshor mengakui masih meneruskan usaha untuk menurunkan berat badannya lagi.

Sementara itu, individu ini sempat berkongsi sedikit tips bagaimana dia mampu menurunkan berat badan sebanyak itu. Difahamkan, Mr Manshor menyediakan sendiri menu makanan dietnya seperti yang disarankan oleh pakar.

Gunakan khidmat personal trainer

Tips yang dilakukan oleh Mr Manshor seterusnya adalah dengan menggunakan khidmat personal trainer yang akan memantau dan melatih sepanjang latihannya di gym. Personal trainer ini juga akan memberi beberapa cadangan menu diet yang boleh membantu menurunkan berat badan.

Sementara itu, Mr Manshor menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil makanan yang kita tidak pernah cuba sebelum ini atau sesuatu yang kita tidak suka. Selain itu, pengambilan makanan yang mengandungi lemak juga perlu dikurangkan.

Cheat day?

Memang tidak dapat dinafikan, setiap orang yang mengamalkan diet mesti akan ada cheat day kan? Jadi macam mana nak kekalkan konsistensi dalam diet semasa cheat day? Mr Manshor menasihatkan supaya memakan satu pinggan seperti biasa tetapi perlu berhenti sekiranya perut sudah hampir kenyang.

Selain itu, anda dinasihatkan untuk tidak minum selepas makan sebaliknya minum sebelumnya. Akhir sekali, cuba elakkan mengambil makanan dan minuman bergula.

2 minggu sekali

Tambahnya lagi, semasa cheat day, anda boleh makan sebanyak mana yang anda inginkan tetapi janganlah terlalu berlebihan sehingga tubuh badan kita tak mampu menerima atau mengawalnya.

Akhirnya sekali adalah jangan malu untuk memulakan langkah selain perlu sentiasa yakin dengan diri bahawa kita boleh dan mampu lakukannya.

Sumber: Mr. Manshor Jr

SKIP THIS AD ×