Kalau sebelum ini terdapat beberapa drama seperti ‘Monalisa’ dan ‘Laksa Di Ambang Wati’ dihentam teruk gara-gara penyalahgunaan peralatan hospital ke atas pesakit. Kali ini, drama Adellea Sofea lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail pula mendapat perhatian netizen.
Pada episod akhir ditayangkan semalam, Mira Filzah yang membawa watak sebagai Sofea dilihat menyanyi sambil bermain gitar (busking) ketika melawat suaminya yang sedang koma iaitu Firdhaus. Babak itu menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya terhibur dengan aksi yang dianggap tidak logik itu. Apa pendapat korang?
Lucu aksi busking
Mendapat lebih 9k retweet, ramai terhibur dengan babak Mira Filzah menyanyi lagu ‘Tanya sama itu hud hud’ dendangan M Nasir. Malah tak kurang juga mempersoalkan bagaimana pengarah boleh terfikir untuk memberi idea busking dari membaca Yasin sebagai umat Islam.
Apa yang membuatkan ramai geli hati adalah apabila suaminya yang sedang koma terus sedar selepas mendengar nyanyian tersebut. Aduh pecah perut! Memang saja nak buat lawak ini kan?
Respon pengarah
Hahhahahaha….kannn…drama saper ni woi *Tapi tak salah kan? Buat la apa saja asalkan boleh buat dia tersedar. Lagipun Sofea kan dah cakap dah, macam benda dia dah buat nak tolong sedarkan Fir termasuk baca quran dan sebagainya. Cuma satu benda jer dia belum buat…so she try her luck la.
Menurut pengarah drama ini, babak busking itu hanyalah salah satu alternatif yang boleh menyedarkan pesakit koma. Sofea cuba pelbagai cara dan ini adalah antara usahanya. Gitu. Ada faham?
Sweetnya menyanyi
It’s sweet of Sofea having the effort to play the guitar and sing for Fir ? @MFMiraFilzah @UngkuIsmailAziz #AdelleaSofea pic.twitter.com/kh6PmichY9
— Nelly ? (@Imannalina) January 14, 2020
Bila tengok balik, sweet pun ada. Comel pun ada. Betul tak? Tak sangka Mira Filzah pandai menyanyi.
Respon netizen
Sumber : Sleepydeena, budakijat