berita

Dari Minat Ke Mata Pencarian- Penjual Tidak Sangka Buloh Pancang Mendapat Sambutan Hangat!

December 28th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Covid-19 yang melanda dunia telah memaksa ramai orang untuk keluar dari zon selesa mereka. Mesti korang tak sangka-sangka kan apa yang korang buat selama ni untuk menjana pendapatan, tiba-tiba tersangkut dan tak boleh diteruskan dek kerana satu penyakit yang merbahaya.

Sama juga dengan Zarini Jaafar, 41 tahun yang terpaksa memikirkan apa jualan lain yang boleh membantu beliau ketika PKP sedang dijalankan di Malaysia.

Pada tahun 2009, beliau menjual produk kecantikan di atas talian sebelum memulakan jenama sendiri bernama Darina.

Darina mengeluarkan pelbagai barangan termasuk skrub mandian dan losyen wangi.

Suaminya yang merupakan seorang bekas penjawat awam, memilih untuk bersara awal dan berpindah ke Kelantan bersama Zarini untuk mengembangkan lagi jenama Darina di sini

Antara barangan yang dijual termasuklah pes masakan

Tidak hanya tertumpu kepada produk kecantikan, Darina juga menjual pes halal yang dihasilkan sendiri oleh penduduk di kampung beliau.

Usaha ini cukup berjaya dan membuahkan hasil kepada usahawan tersebut yang membuka pejabat di Kelantan dan Selangor.

Apabila pandemik melanda, kedai mereka terpaksa berhenti operasi

“Bermula dari Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac 2020, semuanya tidak dapat beroperasi. Saya terpaksa menutup kedai luar talian saya.”

Kami menerima pembeli yang berkurangan melalui saluran media sosial, dan stokis saya juga tidak dapat menjana jualan dengan pelanggan kami,”, ujarnya lagi. 

Disebabkan itu, Zarini memutuskan untuk menumpukan perkembangan dan jualan di Kedai Darina House di Shopee.

Pada masa yang sama, beliau tercetus idea untuk mengembangkan minat dalam berkebun hingga ke platform Shopee!

Dari situ lah beliau mula mendapat idea untuk menjual keratan buluh ni dan hasilnya, memang meletup!

Zarini sendiri memang menggunakan keratan buluh tersebut sebagai pancang.

Dari situ beliau memutuskan untuk menambahkan buluh sebagai produk jualan di Shopee beliau. Dan tanpa disangka-sangka, ramai yang beli!

Setakat 15 Disember 2021, sebanyak 15,489 set telah terjual!

Setiap set mengandungi 25 batang buluh. Jadi, kalau kira balik sebenarnya dah sebanyak 387,225 batang buluh yang terjual.

Paling best, jualan buluh pancang itu sendiri telah menjana jualan lebih daripada RM50,000 pada tahun 2020 dan meningkat kepada lebih RM130,000 pada tahun ini.

Zarini juga mengupah 20 orang penduduk kampung untuk membantunya

Oleh kerana ramai yang terpaksa berhenti seketika akibat lockdown, Zarini dapat mengupah mereka untuk membantu menghasilkan produk keluaran Darina.

Rata-rata penduduk kampung yang diupah adalah dari  sekitar Pasir Mas dan Tumpat. Pada masa ini, terdapat 20 orang penduduk kampung yang membantunya.

“Ramai penduduk kampung terlibat dalam penghasilan buluh pancang ini dan juga serunding.”

“Walaupun semasa banjir, mereka akan membantu saya mengangkut buluh itu dan menghantarnya kepada kami menaiki bot. Komitmen mereka terhadap tugas ini benar-benar memberi inspirasi,” katanya sambil berkata bahawa hasil jualan di Shopee akan dikongsi sesama mereka.

Ciri-ciri di Shopee juga membantu untuk meningkatkan jualan beliau!

Antara ciri-ciri Shopee yang beliau masih fokuskan sehingga kini ialah penggunaan Shopee Ads. Selain itu, platform Shopee ini juga banyak memberi peluang untuk beliau mempromosikan jenama yang bermula dengan Seller Affliate.

“Pada masa yang sama, saya kini telah menjadi penjual Bintang selama tiga bulan, dan baru-baru ini dilantik sebagai Shopee Affiliate Ambassador!

Saya amat berterima kasih atas semua ini, kerana dengan menjadi duta, ia membolehkan saya membantu mempromosikan produk penjual lain juga serta memperoleh insentif.”

Kedai beliau juga mendapat review yang baik dari para pembeli!

Korang yang berminat nak mulakan jualan dengan Shopee boleh terus mula je guys. Mana tahu lepas ni korang pula jadi Shopee Affiliate Ambassador kan? Kadang-kadang produk yang korang tak sangka-sangka tu lah yang boleh meletop! 

Haa bagi yang nak dapatkan buluh pancang pula boleh lah singgah kedai akak ni dekat Shopee! Klik je dekat SINI!

SKIP THIS AD ×