berita

Dari Pengupas Bawang Ke Tokey Popcorn! Kini, Hasil Jualan Pemuda Dari Batu Pahat Ni Cecah RM8 Juta!

August 11th, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Rezeki tak pernah salah alamat. Itulah definisi yang paling sesuai untuk menceritakan kisah Encik Mohamad Shazarul Ismail, founder Eng’s Popcorn ni! 

Siapa sangka yang kita boleh dapat hasil jualan berjuta dari produk yang kita selalu nampak. Masa nak mulakan mesti teragak-agakkan tapi bila dah mula ha, betul-betul tak sangka akan hasilnya!

Dari pengupas bawang ke tokey popcorn!

Bekerja sebagai pengupas bawang dengan gaji sebanyak RM900, Shazarul mula berasa tidak puas apabila banyak perkara yang beliau tidak dapat miliki dengan gaji tersebut termasuk sukar untuk membantu keluarga beliau. 

Siapa yang tak nak ubah kehidupan mereka kan? Mestilah semua orang nak! Pelbagai jalan Shazarul cari sampailah beliau ternampak mesin popcorn milik kakaknya. Shazarul pada ketika itu hanya membuat popcorn tersebut untuk dimakan sendiri apabila beliau mendapat idea untuk menjual popcorn tersebut!

Bau bertih jagung yang dimasak rapi dengan karamel memikat orang sekeliling!

Bermula dari keluarga sendiri yang makan, disebabkan bau yang memikat, jiran-jiran pun terpikat dan mula membuat pesanan. Daripada situ beliau tekad untuk berusaha dengan lebih lagi untuk mengembangkan perniagaan popcorn beliau!

Pada tahun 2018, kakak Shazarul mengajak beliau untuk menyertai program Richworks Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK).

Dari niat hendak menemani tapi dapat kesan besar apabila IMKK berjaya buang semua perasaan negatif dalam diri dan antara point penting yang beliau dapat adalah menjaga hubungan dengan Pencipta dan mulakan dengan apa yang ada di tangan.

Walaupun nama produk ni ialah Eng’s Popcorn tapi sebenarnya ia merupakan 100% milik bumiputera! Nama Eng’s Popcorn ni berasal dari moyangnya yang berasal dari keturunan cina yang tak mahir dengan sebutan nama arwah bapanya Ismail dan hanya sebut Engs. Tu je guys! Jangan risau lah nak makan ok!

Kini beliau berjaya capai jualan sebanyak RM8 juta dan miliki sebuah kilang dengan 50 orang kakitangan!

Segala usaha beliau kini membuahkan hasil apabila beliau berjaya mencapai hasil jualan sebanyak RM8 juta pada tahun lepas!

Shazarul juga berjaya mengembangkan perniagaan dan kini mempunyai 50 orang kakitangan disamping kilang seluas 21,000 kaki persegi! Wow!

Eng’s Popcorn kini dah dikenali ramai! Betullah admin kata rezeki ni memang tak pernah salah alamat kan? 

Kalau berminat, korang pun boleh jadi agen Eng’s Popcorn ni!

Paling best sebab Eng’s Popcorn memang misi dia nak tolong pulak orang lain. Ha jadi korang boleh jadi agen mereka dan jual popcorn ni! Popcorn ni ada pelbagai perisa, confirm orang suka, tambah-tambah budak-budak!

Sebabkan Eng’s Popcorn ni dah dikenali ramai lagi senang la korang nak perkenalkan kat orang ramai kan? 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Eng’s Popcorn ni korang boleh klik mana-mana link dibawah:

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×