Pemenang tempat ketiga The Hardest Singing Show musim pertama iaitu Stacy, mengakui sedikit kecewa kerana tidak dapat merebut gelaran juara pada malam kemuncak program tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sakit Fizikal & Mental, Ada Artis Senior Dengki Dengan Aisha Retno? – ‘Saya Pernah Mengidolakan Mereka Sebelum Ni’
Mohon maaf kepada peminat
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Stacy meminta maaf kepada para peminat kerana telah mengecewakan harapan mereka untuk melihatnya memenangi program tersebut.
Saya kecewa sebab saya tak dapatkan tempat juara untuk peminat saya sebab mereka semua harapkan saya untuk dapatkan tempat itu. Jadi saya minta maaf untuk itu.
Walau bagaimanapun, pelantun suara ‘Jahat’ ini berkata, dia tetap bersyukur kerana berkat sokongan peminatnya dia berjaya mendominasi Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa selama lapan minggu berturut-turut.
Tapi lapan minggu secara berturut-turut saya dapat memenangi Anugerah Pilihan The Hardest Alha Alfa itu cukup istimewa sudah untuk kehidupan saya. Alhamdulillah terima kasih sangat buat peminat saya yang mengundi itu lebih daripada segala pertandingan.
Ditanya mengenai kos perbelanjaan yang dikeluarkan sepanjang 10 minggu bertanding, Stacy mendedahkan dia tidak mengeluarkan perbelanjaan yang terlalu banyak kerana memilih untuk ‘play safe’.
Berbaloi sangat perbelanjaan yang saya buat sebab saya tak keluar bajet banyak sangat saya memang play safe sebab buat apa nak berbelanja lebih sebab kita menyanyi kan.
Di samping itu, OhBulan! sempat bertanya kepada Stacy mengenai pusingan kedua bersama Zizi Kirana. Rata-rata netizen tidak berpuas hati kerana Stacy dilihat terhad melakukan tarian dan aksi ketika digandingkan dengan pelantun suara ‘Eh’ itu.
Ujar Stacy, untuk pusingan kedua segala idea dan konsep datang daripada kumpulan Zizi dan kumpulannya sendiri. Sebagai peserta yang bertanding, mereka berdua tidak masuk campur mengenai hal tersebut.
Konsep pun dah duet. Saya tak nak buat yang berlebihan. Zizi penyanyi yang dikenali, buat apa saya nak tukar dia. Kami adil sama adil. Dia tak rap dan saya tak menari. Kami hanya buat persembahan. Kami tak nak masing-masing ada kurang ataupun lebih. Hormat antara satu sama lain.
Saya tak tahu markah 30 peratus itu. Kalau diberi peluang untuk masa hadapan mungkin boleh keluar lagu baru. Cuma, dari segi persembahan memang tak sesuai Stacy dengan dia. Sebab terang-terang nampak berbeza. Dia dah terhad saya pula tidak.
Idea yang kami persembahkan semua datang dari penari dan pasukan kami. Orang lain yang pilih untuk kami. Kami jadi diri kami.
Sekadar info, Stacy berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, pakej pelayaran dan trofi.