Apabila sampai jodoh untuk berkahwin, ibu bapa merupakan orang paling sedih untuk melepaskan anak masing-masing. Mana tidaknya, tanggungjawab menjaga anak sudah bertukar tangan kepada menantu. Sudah tentulah perasaan bercampur baur antara sedih dan gembira mengharapkan anak bahagia buat selamanya.
Seperti perkongsian wanita ini di Twitter, dia menerima hadiah kasut semasa kanak-kanak berserta nota dari ayah. Pesanan ringkas itu membuatkan si anak sebak.
Hadiah kahwin paling aku ingat
Perkongsian yang mendapat lebih 4k retweet ini turut meruntun hati netizen di Twitter. Mereka turut bersedih membaca nota ikhlas daripada bapa yang terlalu sayangkan si anak. Bapa berpesan supaya suami menjaga anak dengan sebaiknya seperti mana dia menjaganya sewaktu kecil.
Aku kenal kasut ni
Mengimbau kembali kenangan, wanita ini berkata suasana riuh rendah semasa sesi membuka hadiah menjadi sepi sebaik sahaja dia melihat hadiah tersebut. Air mata terus gugur diikuti tangisan ahli keluarga yang lain.
Ada surat dari ayah
Sumber : Farah Syaza