Sebelum ini, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Syamimia teruk dikecam wargamaya kerana dilihat tidak menggunakan pengaruh besar yang ada untuk menyatakan sokongan serta solidariti buat saudara sesama Islam di Palestin.
Lebih mengejutkan ialah Syamimia turut kehilangan lebih 240,000 ‘followers’ di TikTok.
Artikel Berkaitan: Netizen Tak Bergurau! Betul Betul Tekan Butang ‘Unfollow’, Syamimia Hilang 157 Ribu ‘Followers’ Di TikTok
‘Palestin akan merdeka’
Terbaharu, Syamimia tampil menyatakan sokongannya terhadap masyarakat di Palestin menerusi hantaran dimuat naik di TikTok Story.
Menerusi hantaran tersebut, wanita berusia 25 tahun itu memuat naik gambar bersama suami dan anaknya beserta slogan politik negara Palestin.
Dari sungai hingga ke segara, Palestin akan merdeka
Walau bagaimanapun, hantaran tersebut telah menerima pelbagai respon dari wargamaya.
‘Dah terlambat’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan tindakan Syamimia yang baru sahaja menyatakan sokongan dan solidaritinya kepada warga Palestin sebagai sudah terlambat selepas teruk dikecam dan kehilangan ramai pengikut di TikTok.
Namun begitu, ada juga yang memberikan semangat kepada pempengaruh itu dengan mengatakan bahawa tidak terlambat untuk berbuat demikian.
Bahkan mereka juga menasihati wargamaya yang lain untuk tidak menghukum seseorang berdasarkan kesilapan lalu yang pernah dilakukannya.
Sumber: TikTok