Siapa sangka, dengan hanya konsisten menyimpan, korang boleh ke Tanah Suci menunaikan umrah?
Itulah yang berlaku kepada Azlannizam Ahmad dari Shah Alam yang membawa pulang hadiah utama pakej umrah bernilai RM15,000 menerusi Kempen #SimpanJe & Menang anjuran Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Lebih daripada sekadar menyimpan.
Menurut Azlannizam Ahmad, ASNB bukan sekadar tempat korang menyimpan duit semata-mata, sebaliknya ASNB merupakan platform pelaburan dengan pelbagai kelebihan termasuk jumlah dividen yang kompetitif selain rendah risiko.
Oleh sebab itu, jika korang ada ‘mind set’ menyimpan untuk kegunaan ’emergency’, ubahlah cara korang berfikir sebab menyimpan sebenarnya merupakan satu langkah pelaburan yang bijak.
Kenapa min cakap macam tu? Sebab di ASNB lebih banyak korang menyimpan, lebih banyak ganjaran menanti korang, especially menerusi kempen-kempen anjuran ASNB seperti Kempen #SimpanJe & Menang, #SimpanJe & Tambah dan Kempen Seikhlas Wakaf.
Apa sebenarnya kempen ASNB ni?
Kalau korang nak tahu Kempen #SimpanJe & Menang dan #SimpanJe & Tambah ni bermula sejak 1 Januari 2025.
Objektifnya adalah untuk menggalakkan kita terus simpan dan menambah pelaburan dalam ASB dan ASB 2, terutamanya selepas pengumuman pengagihan pendapatan supaya dana yang kita ada boleh terus berkembang dan memberikan pulangan yang lebih baik.
Hebatnya kempen ni, lebih 30,000 pemenang kempen #SimpanJe & Tambah telah menerima hadiah keseluruhan RM1.6 juta dimana jumlah hadiah kemenangan telah dikreditkan terus ke akaun pelaburan masing-masing!
Manakala, untuk Kempen #SimpanJe & Menang pula, seramai 500 pemenang telah membawa pulang hadiah bernilai lebih RM500,000, termasuk pakej umrah dan percutian bernilai hingga RM30,000. Fuh! Mantap Sungguh!
Wakaf pun boleh menang…
Selain simpan dan tambah pelaburan, ASNB juga ada anjurkan Kempen Seikhlas Wakaf. Salah seorang pemenangnya, Puan Rosmina Binti Osman.
Dia memilih untuk berwakaf melalui ASNB kerana prosesnya mudah, telus dan diiktiraf oleh MAIWP. Lagi best, niat baik wakaf tu bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi dalam masa yang sama menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ummah secara menyeluruh.
Menurut CEO ASNB, En. Fadzihan Abbas, mereka mahu rakyat Malaysia membina masa depan kewangan yang lebih stabil untuk anak-anak, rumah impian, dan simpanan persaraan.
Maka, tak hairanlah ASNB bersungguh-sungguh dalam menjalankan pelbagai kempen dengan inisiatif yang menarik bagi mencapai tujuan dan matlamat mereka.
Kempen Labur & Level-Up sedia hadiah RM1.18 Juta!
Tak cukup dengan tu, ASNB dah melancarkan Kempen Labur & Level-Up yang akan berlangsung dari 1 Jun 2025 hingga 31 Mac 2026.
Sebanyak RM1.18 juta telah disediakan untuk 2,830 pemenang! Malah, ada 118 pemenang bertuah yang akan nikmati pengalaman eksklusif di Menara Merdeka 118, mercu tanda kebanggaan negara kita.
Macam mana nak sertai kempen ini? Caranya mudah je, korang cuma perlu buat pelaburan minimum RM100 atau daftar Auto Labur serendah RM50.
Lepas tu, lengkapkan misi bulanan untuk peluang menang hadiah bonus, suku tahunan dan hadiah utama.
Jadi… tunggu apa lagi? Kalau korang belum mula simpan dengan ASNB, inilah masanya. Siapa tahu, tahun depan korang pula yang jadi pemenang hadiah utama.
Jom #SimpanJe!
Layari atau follow ASNB di Facebook, Instagram dan TikTok (@ASNBmy) untuk maklumat lanjut.