Pelawak terkenal, Man Raja Lawak menuntut seorang selebriti yang tidak didedahkan nama untuk membayar hutangnya sebanyak RM10,000.
Artikel Berkaitan: Transfer Duit Diam-Diam, Lelaki Dedah Kebaikan Man Raja Lawak Selalu Bantu Rakan Artis
‘Jangan sampai abang hilang sabar’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim mendedahkan bahawa artis tersebut telah pun berjanji untuk membayar hutangnya pada 22 Oktober yang lalu namun masih belum menerima sebarang bayaran.
Menurut Man, dia bersedia untuk mendedahkan nama artis tersebut sekiranya individu terbabit masih gagal untuk membayar hutangnya.
Abang cuma nak bagitahu pada artis yang janji nak bayar hutang abang pada 22 haribulan tu.
Jangan sampai abang hilang sabar, itu ja. Abang dah mudahkan urusan jadi kau patut bersyukur.
Hari ni (Isnin) kalau tak ada transfer duit RM10,000 tu, dia sendiri suruh dedahkan nama dia.
Korang nak tahu siapa? Tunggu.
Tambah pelakon filem ‘Vik2ria Secret’ itu, dirinya sama sekali tidak menyangka akan diperlakukan sebegitu rupa oleh artis tersebut.
Abang pun bukan rapat sangat dengan dia, kami jumpa waktu ada show di sebuah IPT.
Tak sangka (diperlakukan sebegitu) sebab perwatakannya baik dan mesra. Pergh lu memang padu lah.
Sementara itu, Man berpendapat bahawa dia lebih memilih untuk menggunakan wang tersebut ke arah kebaikan berbanding menghalalkan hutang artis tersebut.
Daripada abang nak halalkan hutang tu supaya dapat hidup tenang abang bagi pada Tabung Aman Palestin.
Abang harap semoga awak tak tenang sekarang ni.
Hutang langsai
Dalam hantaran terbaru, Man mendedahkan penyanyi itu telah pun membayar RM10,000.
Menurut Man, dia ‘kecewa’ kerana tidak dapat mendedahkan kepada wargamaya siapakah gerangan artis tersebut.
Abang punya lah excited nak bagitahu korang siapa penyanyi tu tapi dia transfer baru je tadi.
Maaf geng, abang pun kecewa juga. Abang dah nekad sebab bukan selalu abang buat kerja gila macam ni.
Posting Man
View this post on Instagram
Sumber: Instagram