Pada 21 Oktober 2019, viral di media sosial apabila Sineenat Wongvajirapakdi secara tiba-tiba telah dilucutkan gelaran dan pangkat ketenteraan kerana didakwa derhaka. Berita itu dibuat dalam satu pengumuman yang dibuat di Royal Gazette pada hari Isnin.
Menurut kenyataan itu, Sineenat dikhabarkan melanggar tatacara kelakuan sebagai peneman diraja yang tidak setia kepada Raja. Penyingkiran itu dilakukan hanya beberapa bulan selepas beliau secara rasminya dilantik sebagai gundik raja.
Gundik kedua dalam sejarah Thailand
Pada hari ulang tahun Raja pada Julai lepas, Sineenat yang merupakan seorang bekas jururawat telah diberi gelaran ‘Consort Noble’ Diraja. Beliau adalah gundik diraja yang kedua dalam sejarah Thailand.
Gelarannya diterima selepas raja berkahwin dengan seorang bekas atendan dan timbalan ketua pasukan pengawal pribadinya, Suthida Tidjai dan menjadikannya permaisuri beberapa hari sebelum penobatannya pada bulan Mei.
Licik cari jalan dapatkan gelaran permaisuri
Menurut sumber, Sineenat tidak berpuas hati dengan takhta yang diberikan kepada Permaisuri Suthida. Sineenat cuba untuk menghentikan pertabalan dan meminta agar raja menjadikannya sebagai permaisuri.
Bagaimanapun perkara itu tidak berubah seperti yang diharapkannya. Selepas majlis diraja, Sineenat dilihat licik mencari jalan untuk dianugerahkan gelaran pemaisuri.
Diberi gelaran gundik paling mulia
Mengikut pengumuman hari Isnin, Raja Vajiralongkorn memberikan Sineenat gelaran gundik paling mulia pada 28 Jul dengan harapan dapat meredakan masalah itu dan menghalang tindakan yang tidak wajar terhadap monarki dan bangsa. Malah, beliau berharap langkah itu dapat mengurangkan tekanan dan mencegah masalah yang dapat mempengaruhi sistem monarki.
Namun, beberapa hari kemudian istana telah mengeluarkan imej Sineenat berambut pendek yang dikenali dengan nama samarannya Koi dalam memegang senjata, menerbangkan jet dan bersiap untuk terjunan payung terjun dari pesawat sambil memegang tangan raja.
Tindakan tak bermoral
Istana memaklumkan bahawa sejak pelantikannya, Sineenat telah menunjukkan ketidakpatuhan terhadap raja dan permaisuri dengan mengeksploitasi gelarannya dengan memberikan perintah dan mendakwa Raja Vajiralongkon yang memberi arahan kepadanya.
Selain itu, dia juga tidak mempunyai pemahaman tentang tradisi yang baik di istana dan sering menyebabkan perpecahan di kalangan ahli istana, sekaligus membuatkan rakyat salah faham. Tindakannya yang tidak bermoral itu menerima kecaman ramai yang rata-ratanya menganggap Sineenat seorang yang tidak kenang budi.
Sumber : ChannelAsia, Pichayada,