Foto: Daily Star
Seorang wanita mengakui sangat terkejut selepas melahirkan bayi lelaki di atas kerusi di klinik gigi. Hal ini kerana wanita ini mendakwa langsung tidak menyedari bahawa dirinya sedang berbadan dua.
Bersalin atas kerusi
Foto: Daily Star
Memetik laporan Daily Star, wanita yang dikenali dengan nama Jessica Aaaldering dari Belanda selamat melahirkan bayi lelaki selepas dibantu oleh seorang anggota polis. Difahamkan, sebelum kejadian, Jessica dikatakan berada di kawasan pekan dan kebetulan ketika itu, seorang anggota polis yang melalui kawasan tersebut melihat Jessica seakan sedang menahan sakit.
Dia kemudian terus membawa Jessica ke klinik gigi berhampiran dan tidak lama selepas itu, Jessica melahirkan bayi lelaki di atas kerusi di klinik berkenaan. Menurut sumber, Jessica melahirkan bayi tersebut 10 minggu awal. Jessica bersama bayinya yang diberi nama Herman telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Difahamkan, Herman telah melepasi tahap kritikal dan kini keadaan kesihatannya stabil.
Tiada perubahan fizikal
Foto: Daily Star
Jessica menjelaskan bahawa dia tidak tahu mengenai perkara itu kerana keadaan fizikalnya seperti berat badan, saiz perut dan sebagainya adalah normal dan langsung tidak menunjukkan bahawa dirinya sedang hamil.
Malah, dia juga dikatakan masih datang bulan seperti biasa. Jika mengikut logik kebiasaannya apabila wanita sedang hamil maka kitaran haid mereka juga akan terganggu tetapi itu tidak berlaku pada Jessica. Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Jessica mengakui pernah terasa sakit di bahagian perutnya tetapi dia hanya menyangka itu adalah kesan akibat terjatuh beberapa hari lalu tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila dia sebenarnya berbadan dua.
Sumber: Daily Star