berita

Datang Temuduga Selepas Kemalangan, Erma Fatima Siap ‘Reserve’ Jawatan Di Syarikat Buat Lelaki Ini

June 19th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Isu kemalangan jalan raya bukanlah satu perkara baru malah ianya sering menjadi topik utama di dada akhbar.

Terbaru, pelakon dan pengarah terkenal iaitu Erma Fatima ada berkongsi satu video memaparkan seorang individu yang menaiki motosikal ditimpa kemalangan. Lebih meruntun hati apabila insiden ngeri itu berlaku ketika dia dalam perjalanan untuk menghadiri temuduga di syarikat pengarah terkenal itu.

‘Kau sangat cekal, dik’

https://www.instagram.com/p/CBmUYRXjLq5/

Menerusi video berdurasi 0:17 saat itu memaparkan motosikal yang dinaiki Ahmad Muzammil telah dilanggar sebuah kereta. Dia kemudian tercampak ke bahu jalan sebelum dibantu oleh pengguna jalan raya yang lain. Difahamkan, individu  yang sepatutnya bertanggungjawab atas kemalangan tersebut telah melarikan diri.

Menceritakan kisah itu, Erma memberitahu dia amat terkejut apabila melihat Muzammil masih gagahkan diri untuk menghadiri temuduga walaupun dia mengalami kecederaan.

 Terketar ketar dia depan aku menahan sakit. Aku suruh dia ke hospital namun dia tetap paksa aku untuk interview dia. Kau sangat cekal dik, susah nak dapat orang secekal kau. Dalam keadaan begitu kau masih usaha juga untuk hadir temuduga.

Lulus temuduga

Tambahnya lagi, akibat daripada kemalangan tersebut Ahmad Muzammil mengalami kecederaan dimana tulang rusuknya patah dan hati bengkak. Tempoh penyembuhan mengambil masa hampir sebulan dan disebabkan itu dia memberitahu kepada Erma supaya memberi jawatan tersebut kepada orang lain.

Akak akan tunggu. Kau lulus temuduga ini bukan kerana kau kemalangan tetapi kerana kecekalan kau dik. Moga begitu jugalah dedikasinya kau dalam mencari rezeki.

Dalam kesempatan itu juga, Erma berharap agar Ahmad Muzammil diberi kesembuhan dan dia akan ‘menyimpan’ jawatan di syarikatnya itu buat Muzammil.

Sumber: Erma Fatima

SKIP THIS AD ×