berita

‘Dating Di Tempat Futsal’ – Sokong Minat Suami Tips Bahagia, Wanita Ini Kongsi Pengalaman

June 4th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Bermain futsal, badminton dan memancing merupakan minat golongan lelaki bertujuan untuk melepaskan tekanan. Mereka meluangkan masa sekurang-kurangnya seminggu sekali bersama rakan-rakan yang turut memiliki minat yang sama.

Bagi individu yang sudah berkahwin, seseorang haruslah bijak membahagikan masa antara hobi dan keluarga. Malah, untuk tips rumahtangga bahagia, sokong minat pasangan adalah salah satunya. Jom baca perkongsian Ainaa Tasnim ini.

Ingat kali pertama ke tempat futsal

How did we try to get along with each other?
.
Sebelum i kenal Amar, i pernah berkawan rapat dengan lelaki lain. Dia minat modify kereta. I pulak minat travel. Sapa kawan baik i dari zaman sekolah tu tahu la impian i ni nak kahwin cepat sbb nak pusing travel satu dunia sama2. Masa tu dalam fikiran i, baik la duit beribu dia spend dekat kereta tu dia simpan untuk kahwin dengan i, boleh pergi travel. Sampai kesudah gaduh pasal benda yang sama ja and last2 tak ada jodoh, putus. Ada org cakap itulah, lain kali cari pasangan yang minat sama nanti dah kahwin senang. Jap. Takkan dia expect i nak kena minat modify kereta jugak kot? Memang takla. Then, i met Amar.
.
After 7 years of marriage, now i can honestly say apa yang orang tu cakap, it is kinda true. Sepanjang i kenal Amar, i perasan time dia truly happy is when he is at peace. And when usually he is at peace? While doing benda yang dia minat.
.
I ingat lagi masa first time Amar ajak i pg tempat futsal. “Teman i g main futsal nak? Tapi kalau tak nak takpe i tak paksa”. Masa tu kan hati i dah berkobar2 nak buktikan yg orang cakap pasal kena support minat tu tak betul pun. Propa je semua tu. Jadi i pun mcm jom boleh je. Padahal dalam hati i duk sumpah seranah cakap mesti bosan gila sbb i dah la tak minat sports dan pasal futsal lg la i tak tahu apa. Boleh imagine dengan court panasnya kita perempuan ni kan mana la boleh nak peluh2 panas ni haha. Habis je game tu dia tny i, “i main okay tak?” I masa tu dah macam. Apa i nak jawab ni memang la i tengok ja dia main tp i tak paham benda n it took me some time to answer sbb knowledge i pasal futsal ni zero ea. ZERO. Tapi i main jawab ja, “power gila u main dengan pandai curi bola semua dari kaki orang. Tahu tahu ja dah dekat pintu gol. Tapi bila dah depan pintu gol nampak macam u tak confident pulak nak buat gol”. And that time his face. How a simple and stupid answer like that can make someone glow so much? Mula la dia explain keluar segala taktikal kenapa dia tak blh buat gol semua. (Fikir2 balik gol tak masuk tu ckp jela tersalah placing/shooting. Banyak pulak taktikal yang keluar time tu mentang2 i tak faham terms).

Dating di tempat futsal

Masa dia tengah main futsal la baru i dapat tengok childish side of him. Kalau tak time biasa dia asyik maintain cool je memanjang. Punyala happy reaksi macam budak2 yg baru dapat mainan. Especially bila buat gol. I pun tak pandai nak describe. Yang i tahu, he is REALLY REALLY happy doing things that he loves. And walaupun i tak buat sekali benda tu dengan dia, somehow just by watching him, it made me feel happy too.
.
Lepas je hari tu, i perasan Amar makin banyak open up to me and can’t stop talking already padahal dia ni introvert sikit. Instead of the question “Teman b main futsal nak?” Dia dah start buat statement “B ada futsal jap lagi. Jom”. Going to futsal together has become a routine for us and by time I slowly makin minat futsal jadi i sendiri yg cuba belajar pasal futsal ni. Orang lain dating pergi tengok movie tp i dating jugak cuma most of the time dating dekat tempat futsal la. Futsal ni dah jadi part of my life sampai tahap i rasa kalau org suruh i jadi coach pun i boleh dah kot. Padahal ikutkan prinsip i sebelum ni, i tak suka berkawan dengan lelaki minat sukan ni. Boleh kata cukup benci jugak la lagi2 yg main bola sebab i dengar diorg ni player benci2 sgt dah kahwin ada anak dua dah pun. Patutla org tua ckp jgn benci sgt nnt akan sangkut dengan org yg kita benci tu.
.
Ada one time tu Amar tiba2 tanya i, i tak pelik ke dekat court kenapa tak ramai lelaki yang bawak gf/wife tp dia nak bawak i? Mmg most of the time i g tempat futsal 7 years back, i perasan yang tak ramai pun lelaki yg bawak gf/wife. So i jawabla mungkin sebab busy kot kalau tak mesti dah teman kan? Dia gelak je pastu dia jawab, sepanjang yg dia berkawan dengan perempuan, ni first time dia jumpa perempuan yg support hobi dia. Dia pernah je ajak gf dia sebelum ni teman tapi bila ajak asyik tak nak ikut last2 dia malas dah ajak. Siap bila dia cakap dia nak g futsal je gf dia merajuk sambil cakap sebab futsal ni jugak la diorg kurang dapat spend time semua. Haritu masa first time dia ajak i teman dia, dia ckp dia try luck je dia tak sangka pun i ckp jom. Itu yg dengan i ni dia ckp dia pelik sikit but he thanked me for willing to be part of his hobi and said that it means a lot to him sbb futsal ni bukan je minat dia tp dah jadi his impian untuk dapat tgk nama dekat jersey Malaysia. Alhamdulillah, i had the chance to witness his impian trcapai walaupun i was thousands of kilometres away.

Cuba minat ‘minat’ pasangan

Sebab futsal jugak i met my sisters from another misters and one thing we had in common, kami dah ada lesen coach dari bangku coach yg specific utk goleiro Norafiqah Lokman, pivô Aida Shakina, fixo Sarah Halim, ala/fixo me! Gf/wife yg baru nak belajar tentang futsal demi support minat bf/husband boleh ja pm tepi. Upahnya belanja kami kyochon sudahla haha.
.
Im writing this karangan panjang2 ni sbbnya i nak sampaikan salam rindu kepada futsal boleh takkk. I dont think i’ll be able to watch him play anytime soon since Mpfl tahun ni dah confirm batal yang i geramnya Amar boleh maintain tenang je. I pulak yg duk meroyan lebih gelabah ayam tak boleh nak brain lagi dengar keputusan. Pelik la rasa tak dapat tengok dia main futsal. Semoga ada hikmah atas semua yang berlaku.
.
Anyway, tak apa kalau kita tak pandai buat atau tak suka minat dia. Support je. Be his bestfriend. Best is try to minat his minat if you can and thank me later. Bekerja separate places dengan our spouse, susah nak cari time, hobi ni mungkin blh bg u spend more time with each other. If u minat benda yg sama, dia pun confirm akan ajak u n nak u ada dengan dia. Jgn tunjuk yg u rs rimas atau tak suka. Bila dia nampak je u selesa dengan hobi dia, automatic dia yg akan “paksa” u ikut dia. The prove is, dari sebelum kahwin, dh kahwin, mengandung, beranak, di mana ada Amar di situ ada Ainaa.

Suami ibarat tangan kanan, isteri ibarat tangan kiri

Macam minat i susah sikit nak buat sbb i minat travelling jadi amik masa nak kumpul duit, cari masa yg sesuai semua tp mungkin in return of asyik i teman Amar buat benda dia minat, i perasan yang dia sendiri yang usaha utk tunaikan minat i ni at least once a year. Blessed to have such husband yg bukan expect i je kena faham minat dia. Last2 dua dua minat benda yg sama and that is that.
.
Tapi now sejak pkp ni Amar tak dapat nak main futsal, dia duk sibuk jadi gamers tegar and layan K-drama pulak. Means i have to start back from day 1 ke mcm mana ni?
.
Suami ibarat tangan kanan isteri ibarat tangan kiri,
Anything for you la my dear suami.

Sumber: Ainaa Tasnim

The following two tabs change content below.