berita

Dato’ Aliff Syukri Berang Dikaitkan Dengan Pergaduhan Rita Rudaini

October 3rd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Fotor0100217230

Rasanya dah tak perlu diperkenalkan lagi siapa Dato’ Aliff Syukri. Menggunakan tagline ‘terlajak laris’, nama pengusaha produk kecantikan ini memang dah well-known di Malaysia.

Namun, petang semalam kecoh apabila Dato’ Aliff memuat naik screenshot komen pelakon sensasi, Rita Rudaini di laman Instagramnya.

Nampaknya, Rita Rudaini mendakwa bahawa seorang individu yang dikenalinya telah memburukkan nama Dato’ Aliff. Tapi, Dato’ Aliff nampaknya tak berapa berkenan bila namanya dikaitkan dengan pergaduhan tersebut.

Screen Shot 2014-10-02 at 5.26.50 PM

 

Kalau korang nak bergaduh sgt pun jangan kaitkan nama saya dan aibkan saya!!! Sy x perlukan publisiti yg mengaibkan mcm ni sbb itu masalah anda dan sy x masuk campur …dan tiada kena mengena dgn sy…..

sy minta tolong jaga hati dan perasaan sy..krn saya ada ibu isteri , mertua dan anak2?? Sy x perlukan publisiti sperti itu.. saya punya maruah!…

sy x kisah kalau ada yg mengutuk saya di belakang kerana sy tahu rezeki dan masa depan saya Allah Swt dah tentukan…dan bukan dengan kutukan dan hinaan org lain…

sy x kisah berkawan dgn sesiapa asalkan jangan tau berbudi dan bahasa…cuba anda ditempat saya???kalau betul salah saya tolong buktikan dimana sbb apa dan mngapa?? semoga Allah membalas jasa baik anda semua n mengaibkan sy sebegini…

Menerusi sumber-sumber, ada yang mengatakan isu ini ada kaitan dengan kes pembubaran Syarikat RC Cosmetic and Health Care (RSCHC) yang ditubuhkan Rita bersama sahabatnya, Siti Saleha akibat tiada lagi persefahaman antara mereka.

Screen Shot 2014-10-02 at 5.31.36 PM

Kami pun tak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut dan hanya Rita sahaja yang boleh beri kenyataan sebenar tentang situasi yang berlaku.

Namun, pada pendapat kami tiada salahnya dengan kenyataan yang dilakukan oleh Dato’ Aliff. Semestinya sedikit sebanyak perkara ini akan mengganggu imej produknya. Apatahlagi perasaan ahli keluarganya yang sudah tentu akan terkesan dengan publisiti murahan sebegini.

Kredit foto: Instagram Dato’ Aliff Syukri

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×