berita

Dato’ Rizalman Ibrahim Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

October 16th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Pereka fesyen tersohor negara Dato’ Rizalman Ibrahim hari ini telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dilantik Ahli Lembaga Pengarah

https://www.instagram.com/p/CGZfNpDJQ7K/

Menerusi kenyataan media Rizalman, beliau telah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)  bermula hari ini, 16 Oktober 2020 setelah menandatangani surat pelantikan jawatan tersebut. Beliau sebelum ini merupakan alumni UiTM yang mengambil Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Jurusan Fesyen bermula tahun 1989-1993.

Ketika zaman belajarnya, beliau pernah disandang Pelajar Terbaik Kajian (Jurusan dan Fakulti) dan dianugerahkan Pelajar Terbaik Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Reka Fesyen). Rizalman turut sempat memuat naik satu video tentang perjalanan hidupnya sejak kecil sehingga ke tahap yang beliau kecapi sekarang.

Tambahan pula, video yang berdurasi lebih empat minit itu memaparkan koleksi gambarnya diiringi lagu popular Man Bai Kau Ilhamku. Video tersebut telah mendapat 68,034 tontonan dan ribuan komen yang mengucapkan tahniah atas lantikan tersebut.

Tahniah Dato’!

Sumber: Dato’ Rizalman Ibrahim

SKIP THIS AD ×