Penyanyi dari Indonesia yang baru sahaja membuat persembahan di Konsert Destini ini dikatakan sakit dan telah dimasukkan ke sebuah hospital di Singapura untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Artikel Berkaitan : Dato’ Rossa Curi Tumpuan Di Konsert Destini
Menurut pengurus beliau, Dato’ Rossa yang sepatutnya hadir pada sidang media konsert ‘Cinta Tanpa Sempadan’ bersama dengan Afgan ini terpaksa dimasukkan ke hospital pada petang kelmarin.
Beliau dipercayai keletihan untuk memenuhi jadual kariernya yang padat, ditambah pula keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan beliau dinasihatkan oleh doktor untuk berehat buat sementara waktu.
‘Rossa terpaksa membatalkan kehadirannya di sidang media ini kerana berasa tidak sedap badan. Namun, tiada apa-apa yang serius. Cuma doktor mahu melakukan pemeriksaan lanjut terhadap dirinya.’ – Putri Intan Sari, pengurus Dato’ Rossa.
Dato’ Rossa juga sempat membuat permohonan maaf menerusi pengurusnya dan akan tetap menemui para peminatnya di Malaysia untuk konsert ‘Cinta Tanpa Sempadan’ yang dijadualkan akan berlangsung pada 14 Februari depan.