berita

Datuk 74 Tahun Maut Selepas Tunai ‘Hajat’ Di Rumah Pelacuran, Polis Jumpa Ubat Kuat

March 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan 

Seorang lelaki berusia 74 tahun di Kediri, Indonesia dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai melakukan hubungan seks bersama seorang pelacur pada Rabu.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila warga emas ini turut membawa ubat ‘kuat’ dan sesi tersebut hanya bertahan selama 10 minit.

Sempat bawa ubat kuat

Foto: Tribun News

Memetik laporan media tempatan, warga emas yang dikenali sebagai SP dilaporkan tidak sedarkan diri selepas melakukan hubungan seks dengan seorang wanita, SU. Ujar wanita ini, dia sama sekali tidak menyangka lelaki yang menemaninya di atas katil telah meninggal dunia.

Pihak polis yang menerima laporan bergegas ke tempat kejadian dan turut menjumpai beberapa barang bukti milik mangsa iaitu ubat kuat, dan beberapa wang tunai milik mangsa. Mayat mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada keluarganya.

Tidak sedarkan diri

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lebih lanjut, pasangan ini dilaporkan melalukan hubungan seks di dalam sebuah rumah tumpangan sebelum mangsa meninggal dunia.

Mangsa menjalinkan hubungan suami isteri dengan seorang wanita berinisial SU (48). Daripada keterangan saksi, mereka melakukannya selama kira-kira 10 minit.

Ujar SU, lelaki berkenaan meninggal dunia ketika dia menggunakan bilik air dan alangkah terkejutnya apabila melihat SP tidak sedarkan diri sebaik sahaja keluar dari bilik.

Saksi kemudian pergi ke bilik air. Selepas pulang dari bilik air, mangsa dalam keadaan terlentang, tidak bernafas.

Susulan daripada itu, SU bertindak melaporkan kepada pemilik rumah tumpangan berkenaan.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×