berita

Datuk Aaron Aziz Keliru Keputusan Ujian Covid-19 Bertukar-Tukar – ‘Aku Positif Ke Negatif Ni? Virus Main Chak Chak’

March 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini di Instagram, pelakon terkenal iaitu Datuk Aaron Aziz memaklumkan sedang menjalani kuarantin diri selepas dirinya disahkan positif Covid-19. Dakwanya kemungkinan dia mendapat jangkitan virus berkenaan di set penggambaran selepas seorang demi seorang pelakon yang bekerja bersamanya jatuh sakit.

‘Aku positif ke negatif ni?’

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Datuk Aaron Aziz memaklumkan bahawa keputusan PCR mengesahkan dirinya negatif Covid-19. Meskipun agak keliru dengan keputusan RTK sebelum ini, tetapi pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa ini bersyukur dengan keputusan tersebut.

Alhamdulillah Tabarakallah. Kalau betul-betul negatif cuma abang sekarang keliru gila. Aku positif ke negatif ni? Can somebody help explain? Kalau virus tu belum menjadi kenapa RTK test kelmarin positif tapi PCR yang proper swab bacanya negatif. Apa apa pun doakan lah ye.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan para peminat tidak henti-henti mendoakan agar Datuk Aaron Aziz dan keluarga diberi kesihatan yang berpanjangan. Tidak kurang juga ada di antara mereka menasihati Datuk Aaron supaya tetap menjalani kuarantin kendiri meskipun keputusan ujian PCR adalah negatif kerana menurut mereka, kadangkala virus tersebut lambat untuk dikesan.

Terdahulu, Datuk Aaron Aziz mendakwa sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas disahkan positif Covid-19. Namun keputusan ujian kendiri yang dilakukan kali kedua berubah selepas enam jam disahkan positif Covid-19. Berikutan daripada itu, Aaron Aziz telah melakukan ujian RT-PCR (PCR) untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.

Nasihat netizen

Sumber: Datuk Aaron Aziz

SKIP THIS AD ×