berita

Datuk Aliff Syukri Dipanggil ‘Farmer Boy’ Dengan Sinis Ketika Lawatan Bisnes Ke Australia

October 9th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

aliffsyukriheader

Dengan keadaan ekonomi yang semakin membimbangkan sekarang ini, ramai orang mengambil jalan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa untuk cari pendapatan lebih. Malah, sejak viral mengenai pendapatan lumayan yang ditawarkan sebagai pemetik buah di Australia, ramai anak muda telah berhijrah ke sana.

Pada minggu lepas usahawan terkenal Datuk Alif Syukri telah melakukan lawatan bisnes ke Australia dan beliau kongsi pandangan masyarakat Australia kepada anak melayu. Tak sangka…

Takut dengan ekonomi Malaysia sekarang

14606389_1057715661012443_2784501998219708681_n

Betapa takutnya saya dengan ekononi Malaysia sekarang. Melihat kehidupan sekarang kos sara hidup yang melambung tinggi dan bisnes semakin menurun dalam semua bidang. Ini menyebabkan company saya terpaksa berfikir untuk meluaskan perniagaan saya di Thailand dan paling mengecewakan duit di negara Thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi dan sukar kita melihat orang Thailand bekerja di Malaysia berbanding 4 tahun lepas.

Malah satu persatu kilang-kilang jenama gergasi di Malaysia ini telah tutup dan berpindah ke negara lain. Mengapa dan sebab apa?? Cuba bayangkan 2 tahun akan datang apa yang terjadi kepada Malaysia.

Ohh are you a farmer boy

14567990_1059176680866341_6927959193861622884_n

Ketika saya melawat untuk tujuan bisnes di Australia saya melihat banyak wajah anak-anak Melayu dipandang rendah oleh orang Australia kerana lambakan pekerja orang Malaysia bekerja sebagai buruh kasar yang tidak diiktiraf seperti tukang sapu, pemetik buah dan banyak lagi sehinggakan bila saya memaklumkan saya dari Malaysia mereka memanggil saya dengan sinis ya oohh a u fammer boy. Sekaligus memburukkan nama Malaysia. Mengapa mereka berhijrah menjadi buruh kasar???

Malah sekarang ni ramai pekerja yang terpaksa berniaga part time dan wujudnya lebih ramai peniaga kecil kecilan dari pembeli. Kalau lebih ramai peniaga dari pembeli. Macam mana nak berniaga. Siapa yang akan membeli…???

Sy berdoa agar.. majulah Malaysia demi rakyat marhaen seperti kami.

sumber: Aliff Syukri Terlajak Laris

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×