berita

Datuk Aznil Hj Nawawi Dedah Kebaikan Azwan Ali Yang Ramai Orang Tak Tahu

July 6th, 2015 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-07-06 at 10.50.51 AM

Biasa lah, manusia memang takkan lari dari kesilapan dan yang paling penting, kesilapan tu juga yang mematangkan seseorang dan akan membuat kita selepas ni akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.

Kita ambil contoh pasal kes Azwan Ali yang sampai sekarang kecoh dek kerana salah faham restoran ‘Menate’ tu. Nampak Diva AA arrogant dan mulutnya yang lancang tu dapat teguran dari pelbagai pihak. Tapi kawan baik Diva AA, Datuk Aznil Haji Nawawi kongsi sisi kebaikan sahabatnya itu di laman Instagram.

“Allah sahaja yang tahu kelebihan insan ciptaanNya”

Screen Shot 2015-07-06 at 10.59.19 AM

Selamat berangkat menunaikan ibadah umrah sahabatku@divaazwanavazz Bertuah sungguh insan ini kerana sering dijemput Allah ke rumahNya setiap kali Ramadhan. Dalam kekurangan kita sebagai hambanya, Allah sahaja yang tahu kelebihan insan ciptaanNya. Kita yang menghina seseorang insan itu, cuba lihat di dalam diri kita, adakah kita mendapat kelebihan dan keistimewaan seperti itu? Kita senang menghina seseorang sedangkan Tuhan jadikan dia sebagai dugaan untuk kita. Bersabar kah kita dengan dugaan sekecil itu dan betapa ia menilai hati, minda dan mulut kita?

“Doakan sahabatku Azwan Ali agar dia & kita dapat bertemu Lailatul Qadar yang dijanjikan Allah SWT.”

aa 2

Kalau tiada insan bernama Azwan Ali, dapat kah kita belajar dari kesilapan dan kekurangannya? Bersyukurlah dengan insan seperti dia kerana dia, kita banyak kutip pengajaran yang sangat bernilai. Doakan yang elok2 aje sebab pastinya adanya hikmah yang tersembunyi. Cuba tanya, adakah kejadian yang diturunkan itu satu ujian untuk Azwan atau untuk kita yang terlibat mengutuknya? Di sepuluh malam terakhir dan sepuluh hari terakhir Ramadhan, saya haramkan anda menurunkan komen negatif pada posting ini! Doakan yang elok2 untuk sahabatku Azwan Ali agar dia dan kita dapat bertemu Lailatul Qadar yang dijanjikan Allah SWT.

“Azwan lah orang yang tidak pernah lupa mendoakan Paknil”

aa

Untuk pengetahuan, Azwan lah orang yang tidak pernah lupa mendoakan Paknil, keluarga paknil dan kesihatan ibu Paknil Norbaiti bila berada di tempat mustajab di Baitullah. Ramai yang maklum keadaan ibu Paknil yang uzur sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebelum berangkat ke tanah suci, Azwan pasti tanyakan nama penuh ibu paknil untuk diangkatkan doa di hadapan pintu Kaabah dan di Raudah. Maafkan aku juga sahabat jika aku pernah mengumpat, menyakiti dan mengasari mu. Selamat pergi dan kembali dengan kemenangan. Amin.

Diva AA akan panjatkan doa anda sekalian, InsyaAllah!

Tak silap kami hari ni Diva AA hari ni akan menunaikan umrah yang ke-8. Semoga Diva AA diberkati, selamat pergi dan selamat balik. Bagi korang yang nak seru doa boleh la cuba-cuba whatsapp kat nombor yang tertera kat atas tu.. hehe

Sumber: Instagram Datuk Aznil Haji Nawawi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×