berita

Datuk Bandar Tanggung Malu, Jambatan Baru Runtuh Dalam Majlis Perasmian

June 10th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang datuk bandar di Mexico terpaksa menanggung malu selepas sebuah jambatan yang baru diubah suai runtuh ketika majlis perasmian semula, menyebabkan dia bersama lebih 20 orang jatuh ke dalam parit.

Ada yang melompat-lompat

Dalam insiden yang berlaku di Cuernavaca, Mexico itu, sekurang-kurangnya lapan orang termasuk empat ahli majlis bandar raya, dua pegawai bandar dan seorang wartawan tempatan tercedera.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan majlis perbandaran itu, kesemua mangsa dikeluarkan menggunakan pengusung, kemudian dibawa ke hospital.

Dalam video yang tular itu, sekumpulan orang ramai dilihat berpusu-pusu melalui jambatan itu dengan riak wajah teruja akan jambatan yang baru siap diubah suai menggunakan papan kayu dan rantai logam.

Tiba-tiba, papan kayu lantai jambatan itu terpisah daripada rantai logam, menyebabkan pegawai tempatan termasuk ahli majlis bandar raya, jatuh kira-kira tiga meter di atas kawasan berbatu parit tersebut.

Menurut laporan berita tempatan, Datuk Bandar, Jos Luis Uri Stegui berkata, insiden tersebut berlaku selepas beberapa individu yang mengiringinya telah melompat di atas jambatan.

Selain itu, kejadian tersebut mungkin juga berpunca daripada jumlah orang yang melalui jambatan itu melebihi kapasiti.

Sumber: India.com

SKIP THIS AD ×