berita

Datuk & Cucu Ditemui Lemas Dalam Kolam

September 12th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Datuk & Cucu Lemas Dalam Kolam

Foto: Harian Metro

Seorang lelaki warga emas berusia 78 ditemui lemas bersama cucu lelakinya yang berusia satu tahun tujuh bulan di sebuah kolam berdekatan dengan sebuah restoran yang terletak di Sungai Petani pada malam Isnin.

Artikel Berkaitan: Budak Tiga Tahun Mati Lemas Dalam Mesin Basuh

Kolam sedalam satu meter

Datuk & Cucu Lemas Dalam Kolam

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, kedua mangsa ditemui terapung dalam kolam yang ditinggalkan sedalam satu meter oleh orang awam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan pihaknya menerima panggilan MERS 999 daripada seorang pengadu yang memaklumkan mengenai penemuan dua mayat tersebut.

Mangsa dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

Berdasarkan maklumat saksi kejadian, dia melihat orang ramai berkumpul di kawasan kolam lama itu sebelum mendapati dua mangsa itu sebelum membuat panggilan MERS 999 untuk bantuan.

Sementara itu, hasil temubual Zaidy bersama anak mangsa yang juga bapa kepada kanak-kanak tersebut mendapati bahawa anaknya itu akan keluar bersiar-siar setiap petang bersama bapanya.

Risau kerana anak dan bapanya tidak pulang, bapa kanak-kanak tersebut kemudiannya keluar mencari mereka selepas jam 7 malam sebelum ternampak orang ramai berkumpul kawasan kolam tersebut.

Ketika itu dia ternampak bapa serta anaknya dalam keadaan terapung dalam kolam berkenaan.

Berdasarkan siasatan dan pemeriksaan mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi proses bedah siasat.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×