Suami kepada Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red bukan sahaja bakal kehilangan penyanyi itu, tetapi juga isteri pertamanya iaitu Datin Seri Sharifah Norshafika Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red.
Artikel Berkaitan: Adira Nekad Bercerai, Suami Masih Mahu Pertahankan – ‘Mungkin Ini Balasan Untuk Saya’
‘Hilang’ dua isteri serentak?
Ketika ditemui OhBulan, Adnan bagaimanapun menegaskan, keputusan Adira dan Datin Red memfailkan perceraian bukan satu pakatan tetapi berlaku secara kebetulan.
Untuk keputusan ini (cerai) mereka tidak ada pakatan. Cuma kebetulan. Masing-masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri. Jadi saya tetap mahu mencuba mempertahankan.
Lepas ini, saya nak ke Kuala Selangor pula. Mungkin orang lihat saya luaran masih boleh gelak ketawa tapi dalaman lelaki ini jenis lemah tapi tak nampak.
Bayangkan tiba-tiba ada dua tapi boleh hilang dengan sekelip mata. Kalau kenangkan dulu, mungkin boleh cari perempuan lain tapi sekarang tidak, lebih-lebih lagi anak pun sudah ramai.
Jadi saya mahu pertahankan apa yang ada.Saya juga manusia, lalai dan saya asyik minta maaf banyak kali tapi benda tetap berulang lagi (perpisahan). Biasalah dalam rumah tangga banyak berlaku perselisihan faham.
Datuk Red berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai prosiding keputusan laporan Jawatakuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada Selasa.
Bagaimanapun proses tersebut gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.
Sebelum ini, peguam yang mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman memaklumkan anak guamnya turut berdepan dengan permohonan perceraian yang difailkan Datin Red di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac.
Terdahulu, pada 25 Oktober tahun lalu, Adira telah memfailkan penceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.
Untuk rekod, Adira pernah memfailkan penceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.
Dalam pada itu, perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.