berita

Datuk Red Nak Belajar Buat Live TikTok – ’Saya Bukan Minta Sedekah Tau, Saya Hanya Mencari Kerja’

March 27th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi mengejutkan ramai selepas mendedahkan bahawa dirinya sudah pun diisytiharkan sebagai muflis sejak 2019.

Artikel Berkaitan: Dedah Diri Sudah Bankrap, Netizen Nasihat Jangan ‘Judge’ Datuk Red – ‘Dia Dah Burnt Out Habis Ni’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ini Bukan Drama Ini Adalah Jalan Terakhir, Selepas Itu Kalau Allah Nak Ambil Saya..Ambillah’ – Datuk Red

Datuk Red nak belajar buat live TikTok

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu kemudian membuka akaun TikTok dan memuat naik hantaran mencari pekerjaan demi menyara keluarganya. Jelasnya lagi, pelbagai usaha yang dilakukan sepanjang 5 tahun bagi mencari perkerjaan tetap, namun tidak membuahkan hasil.

Dia juga mendedahkan memiliki hutang sebanyak RM5 juta selain terpaksa meminta belas ihsan isterinya untuk perbelanjaan diri serta anak-anak.

Terbaharu, Datuk Red meluahkan rasa syukur atas respon positif orang ramai terhadap situasi yang dilaluinya. Malah tidak menyangka bahawa kisah dan usahanya mencari pekerjaan itu menjadi tular.

Terima kasih tuan puan, tak sangka viral pula kisah saya mencari kerja.

Malam nanti saya belajar buat live. Tapi saya bukan minta sedekah tau, saya hanya mencari kerja.

Terdahulu, Adira dan Datuk Red gagal mencapai kata sepakat menerusi sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung proses perceraian mereka.

Dalam prosiding tersebut, Datuk Red tidak mahu menceraikan isterinya manakala Adira tetap berpendirian untuk berpisah. Mahkamah kemudian menetapkan kes dibawa ke peringkat Hakam pada 24 April 2024.

Pada 25 Oktober lalu Adira memfailan perceraian kali kedua terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.

Untuk rekod, Adira bernikah dengan suaminya itu pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayub, dua tahun.

Manakala isteri pertamanya, Datin Red turut memfailkan penceraian pada Januari lalu. Mereka juga dikurniakan lima orang cahaya mata sepanjang perkahwinan.

Sumber: TikTok Datuk Red

SKIP THIS AD ×