Tindakan bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red yang memuat naik beberapa gambar lama mereka telah menyorot perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Dedah Hampir Bernikah Dengan Jejaka Asal Kelantan – ‘Bekas Tunang Asal Situ’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Selagi Janda Saya Tak Kahwin, Saya Takkan Kahwin’ – Datuk Red Dalam ‘Mode Standby’
‘Sekelubit memori’
Menerusi hantaran di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu dilihat berkongsi foto lama dia dan Adira berserta kapsyen ‘sekelubit memori’.
Antara foto yang dikongsikan adalah memperlihatkan mereka di kedai makan, di dalam kereta bersama anak-anak dan gambar swafoto.
Dipercayai foto berkenaan diambil ketika mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Sementara itu, Datuk Red turut menggunakan lagu berjudul ‘Kisah Ku Inginkan’ nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika sebagai muzik latar.
Dalam pada itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas mendakwa Datuk Red sedang merindui Adira dan disebabkan itu dia berkongsi momen lama mereka ketika masih bergelar suami isteri.
Imbas kembali, Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015, di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.
Mahligai yang dibina akhirnya menemui titik nokhtah apabila mereka sah bercerai talak satu pada 24 April lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.
Sumber: TikTok