berita

Datuk Seri Noh Omar Bantu Penyanyi Veteran, Uji Rashid Dapatkan Rumah PPR

March 15th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Nama pelakon dan penyanyi veteran yang pernah popular sekitar 1975, Uji Rashid kian pudar dan seolah menyepi sendiri tanpa sebarang perkhabaran dalam industri seni tanah air. Dia seorang bintang yang banyak mencurah bakti dalam perkembangan seni muzik dan lakonan pada zamannya.

Terbaru, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tentang Uji Rashid yang hampir diusir dari rumahnya di Wangsa Maju. Beliau tampil bagi memohon rumah dibawah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

‘Dah lama buat permohonan tapi tiada hasil..’

Sudah agak lama Uji memohon untuk mendapatkan rumah PPR dan ramai yang menabur janji manis untuk membantunya namun tiada yang berhasil.??Sehinggalah pada tengah hari tadi, Uji sepatutnya bertemu dengan seorang pegawai perumahan di kementerian berkenaan, tetapi beliau dihalang oleh pengawal keselamatan.

Dalam kekecohan itulah, Allah maha berkuasa. Tan Sri kebetulan ada di pejabatnya dan Uji dapat berjumpa terus dengan Tan Sri.??“Uji serahkan segala dokumen berkaitan dengan permohonan untuk mendapatkan rumah PPR dan alhamdulillah, permohonan beliau diluluskan oleh Tan Sri Noh sendiri.

Menurut satu laporan yang diterima oleh pihak Utusan, Uji rashid sebelum ini pernah membuat permohonan perumahan dan telah menerima banyak janji manis untuk membantunya. Namun permohonannya tidak mendapat sebarang keputusan sehinggalah dia sendiri bertindak untuk ke pejabat berkenaan.

‘Saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga mendiami PPR..’

Dalam pada itu, kisah ini mendapat perhatian daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar kerana penyanyi veteran tersebut datang ke pejabatnya untuk membuat permohonan. Apa-apa pun admin doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar buat Uji Rashid!

Credit: Utusan Oline & Facebook Noh Omar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×