Usahawan kosmetik terkemuka, Datuk Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman yang berdepan dengan dakwaan memuat naik komunikasi bersifat sumbang, dihadapkan di Kompleks Mahkamah Sesyen Sepang hari ini.
Artikel Berkaitan: Didakwa Kedai Boba Cik B Disihir, Vida Enggan Dedah Individu Yang Lakukan Khianat
Artikel Berkaitan: OOTD Cecah Ratusan Ribu, Cik B Kata Baju Dah Lama Dalam Almari – ‘Kenapa Semua Panas, Ada Masalah Ke?’
Tiba di perkarangan mahkamah
Menurut sumber, Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan, wanita berusia 51 tahun itu berdepan dakwaan kerana membuat dan memuat naik hantaran komunikasi yang bersifat sumbang beberapa bulan lalu. Pertuduhan tersebut akan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil, mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Ia berikutan kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat sumbang. Ahli perniagaan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah (1) Sepang, pada jam 9 pagi.
Dikhabarkan, DSV melakukan kesalahan tersebut menerusi platform YouTube menerusi sebuah lagu yang viral di media sosial beberapa bulan lalu ketika Aidilfitri.
Walau bagaimanapun, usahawan kosmetik itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pagi tadi atas kesalahan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang dalam satu video muzik ‘muah-muah raya’.
Berikutan itu, menurut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan DSV boleh dihukum dibawah seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Hakim Ahmad Fuad membenarkan Vida diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember depan untuk serahan dokumen.
Sumber: Harian Metro