Buat pengetahuan korang, sempena dengan Hari Hidrasi Sedunia pada 23 Jun, 100PLUS sebagai Rakan Hidrasi Nombor 1 di Malaysia sudah pun meraikan sambutan Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS yang telah berlangsung pada 23 Jun hingga 26 Jun di Pavilion, Kuala Lumpur!
Inisiatif 100PLUS ini telah berjaya menarik perhatian lebih 100,000 rakyat Malaysia untuk turut serta hidrat dalam mengamalkan gaya hidup aktif mereka. Usaha ini juga adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan hidrasi!
Korang nak jadi yang terbaik? Jangan lupa kekal hidrat & fokus 100% untuk prestasi yang mantap!
Badan kita memerlukan penghidratan yang mencukupi dalam kehidupan yang sibuk untuk melancarkan urusan seharian. Ia juga adalah sebagai langkah menjaga kesihatan diri juga tau!
Tubuh manusia terdiri daripada 60% air dan sentiasa kehilangan air daripada aktiviti harian yang menyebabkan dehidrasi. Jadi, korang kenalah mengamalkan pemakanan yang sihat dan minum air secukupnya untuk mengelakkan masalah dehidrasi ni.
Kalau korang nak tahu, badan kekal terhidrat lebih lama dengan minuman yang mengandungi elektrolit! Haa.. mestilah 100PLUS yang mengandungi elektrolit membantu penghidratan lebih pantas berbanding air, agar badan kekal hidrat, fokus dan bertenaga untuk berikan 100% dalam apa je yang korang minat!
Sempena Hari Hidrasi Sedunia, 100PLUS ingin meningkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia!
Korang tahu tak, hidrasi ni penting tau untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda! Bila badan korang dah cukup hidrat, barulah korang boleh fokus 100% untuk prestasi yang lebih mantap!
Semua kerja pun jadi mudah dan korang pun akan cekap dalam melakukan kerja! JOM Hidrat, JOM Fokus, JOM100!!
Duta 100PLUS, Datuk Wira Dr Lee Chong Wei & Syafiq Kyle pun ada!
Sepanjang sambutan ini, pengunjung dapat bertemu dengan selebriti, penyampai radio dan duta 100PLUS. Nak tahu apa lagi yang lebih excited? Ada duta 100PLUS iaitu Datuk Dr. Wira Lee Chong Wei dan Syafiq Kyle! Haa.. siapa yang dapat bergambar dengan mereka, memang untung lah. Bukan senang nak jumpa depan mata!
Pembukaan sambutan #HariHidrasiSedunia100PLUS ini telah disempurnakan dengan kehadiran Datuk Dr. Wira Lee Chong Wei, wira kebangsaan Malaysia. Selain itu, turut hadir pada hari Jumaat untuk memeriahkan Hari Hidrasi Sedunia adalah Syafiq Kyle dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan hidrasi dalam sesi bersama peminat. Penyampai radio daripada ERA pun join pada Sabtu yang lalu!
“Saya gembira kerana 100PLUS telah mengambil inisiatif untuk menyaran kepentingan hidrasi kepada orang ramai. Tubuh manusia terdiri daripada 60% air dan kehilangan air daripada aktiviti harian menjadikan badan kita nyah hidrat.
Sememangnya saya bangga dapat menjadi sebahagian daripada sambutan pertama Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS ini, dan saya berharap agar rakyat Malaysia kekal hidrat dengan 100PLUS supaya anda boleh berikan 100% dalam apa yang anda buat!”
-Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei
Memang meriah betul semasa Datuk Dr. Wira Lee Chong Wei datang ke Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS. Pengunjung juga tak ketinggalan mencuba permainan interaktif di telefon mereka yang dihubungkan dengan papan iklan digital 3D. Papan iklan digital 3D ini adalah yang pertama di Malaysia terletak di Pavilion Kuala Lumpur! Wow!
“100PLUS sentiasa sinonim dengan hidrasi dan gaya hidup yang aktif, di mana kita selalu sibuk dengan tugas harian. Jadi, saya memilih 100PLUS sebagai teman wajib saya di mana-mana saja kerana ia membantu saya hidrat dengan pantas dan menghilangkan kelesuan.”
– Syafiq Kyle.
Wow! Korang yang dah datang pada masa tu, memang syok habis lah sambutan #HariHidrasiSedunia100PLUS kali ini!
Haa.. korang jangan lupa untuk sentiasa kekal hidrasi dalam apa jua situasi! Jom kita tonton video kemeriahan sambutan #HariHidrasiSedunia 100PLUS di bawah! Untuk maklumat lanjut tentang Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS, klik di SINI!