berita

David Teo Sedia Bantu Jika Aeril-Wawa Kesempitan Hidup

September 4th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

7n_migcloseto00

Perang dingin masih belum tamat nampaknya! Bermula daripada isu kahwin rahsia antara Aeril Zafril dan Wawa Zainal sehinggalah isu kehilangan kereta model Suzuki Swift mereka nama David Teo masih disebut-sebut.

Jika semalam kami dah update mengenai kenyataan yang dibuat oleh Aeril di laman statusnya yang mahu pihak MIG atau David Teo memulangkan dokumen serta pakaian mereka dalam kereta yang ‘hilang’ itu, hari ini David Teo pula menceritakan kisah bagi pihaknya.

Artikel Berkaitan: Aeril Zafril Minta David Teo Pulangkan Pakaian?

Ha.. kalau dibaca daripada apa yang ditulis oleh Gua ni, David Teo pun masih mengekalkan pendiriannya mengenai isu ini, malah menganggap dirinya sebagai bapa angkat pasangan terbabit.

IMG_6696-630x414Hari tu Wawa Zainal ‘bising’ di Twitter pasal kereta, sekarang ni Aeril Zafril pula! Huhu

“Pihak syarikat sendiri pernah menghantar surat rasmi pada 12 Februari lalu menjemput Wawa datang ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerja, projek terbaru dan kereta tersebut sekiranya Wawa benar ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat, namun surat tersebut telahpun dibalas oleh Wawa pada 18 Februari 2014. Dalam surat itu, Wawa mendakwa dia kini keluar dari pengurusan MIG untuk bergerak sendiri dan Wawa tiada kena mengena, tidak perlu dicari dan dihubungi lagi oleh pihak pengurusan walaupun Wawa masih ada kontrak dengan MIG sehingga 2015.

Pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan kepada pihak syarikat oleh pihak Aeril, namun sebagai bapa angkat yang pernah memimpin, membimbing dan membantu pasangan tersebut, saya masih bertolak ansur walaupun pihak syarikat boleh mengambil tindakan undang-undang kepada mereka berdua atas fitnah dan dakwaan yang dilemparkan kepada pihak syarikat dan saya sendiri melalui media sosial seperti Instagram. Kesabaran setiap individu ada hadnya, jadi saya ingin menasihatkan terutamanya kepada Aeril supaya menghentikan segala fitnah dan dakwaan tak berasas kepada pihak syarikat dan saya sendiri.”

Panjang lebar nampaknya penjelasan David Teo ni. Tak cukup dengan tu, bos kepada syarikat MIG ini menjemput pasangan ini ke pejabatnya untuk berbincang dan sedia membantu jika mereka mengalami kesempitan hidup.

Tegang juga suasana yang berlaku antara mereka ni. Apapun, kes ini telah pun berada di dalam siasatan polis. So, kita tunggu je lah apa keputusan yang akan dibuat nanti.

Sebelum itu, apa kata kita hilangkan stress dan mendengar lagu ‘comel’ daripada David Teo yang berjudul ‘Kacang’. Confirm gelak pecah perut!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×