Pelakon Dayana Roza memberitahu kepada pihak OhBulan! bahawa dia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini secara ala kadar sahaja.
Artikel Berkaitan: Dayana Roza Selamat Bersalin Anak Kedua, Baby Boy!
Artikel Berkaitan: Isteri Kena Ada Duit Sendiri, Tak Perlu Reda Je Dengan Perkahwinan ‘Toksik”- Dayana Roza
Kami rancang nak ‘simple’ sahaja
Menurut Dayana, dia hanya membeli pakaian secara dalam talian untuk memastikan busana yang dipakai nanti sedondon dengan anak perempuannya.
Tahun ini kami sekeluarga raya ala kadar sahaja. Saya tak tempah baju apa pun. Semua beli dalam talian sebab anak saya besar. Kami raya pun setiap tahun dekat sini sahaja (Kuala Lumpur). Saya di Ampang manakala, suami pula di Kemensah. Jadi tiada masalah. Satu hari boleh selesai raya di rumah kedua-dua belah keluarga.
Bercerita lebih lanjut, Dayana berkata, mereka akan pergi bercuti di Thailand pada hari raya ketiga nanti.
Kami rancang nak pergi Thailand sebab senang dan dekat. Lagipun kami satu keluarga suka pantai. Selepas bersalin anak kedua, saya tak pergi mana-mana pun. Jadi kami ambil peluang yang ada untuk pergi bercuti.
Disoal mengenai memori hari raya yang tidak dapat dilupakan, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memberitahu dia teringat beberapa momen.
Antara momen saya ingat masa Hari raya Aidiladha. Masa itu saya bersalin anak pertama. Kalau Aidilfitri pula, saya teringat zaman PKP. Semua orang terkejut yang raya awal. Masa itu memang huru hara sangat. Mana taknya, macam-macam perkara perlu diselesaikan pada malam itu juga.
Saya kena beratur panjang dan lama dekat dobi. Baju raya yang ditempah pula kena pergi hantar semula sebab besar. Dua kali saya ulang alik pergi ambil lemang untuk rumah sendiri, keluarga dan keluarga mentua. Kalau difikirkan balik, memang macam-macam yang berlaku dan semestinya huru hara. Kalau boleh saya tak nak momen macam tu berulang.
Kalau bercakap mengenai perbezaan hari raya dahulu dan sekarang pula, saya rasa zaman bujang lebih indah. Saya tak payah fikir banyak benda. Malam raya masih boleh ronda lagi. Tapi apabila dah kahwin, saya kena fikir macam-macam. Baju anak dan suami serta nak masak apa.
Di akhir temu bual, Dayana bersyukur kerana mempunyai suami dan anak-anak yang tidak cerewet.
Mereka ikut sahaja apa yang saya telah siapkan. Tak kisah warna baju atau apa sekalipun. Alhamdulillah.