Di Instagram, suami kepada pelakon Dayana Roza memberitahu isterinya selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada pukul 1.56 pagi, semalam di sebuah pusat perubatan di Ampang. Tahniah!
Artikel Berkaitan: Isteri Kena Ada Duit Sendiri, Tak Perlu Reda Je Dengan Perkahwinan ‘Toksik”- Dayana Roza
Alhamdulillah
Menurut A’dale Adham, bayi mereka dilahrikan secara pembedahan dan beratnya 3.2 kilogram.
Salam semua, Alhamdulillah wife saya selamat melahirkan baby boy kami jam 1.56 malam tadi, sabtu 30.12.23 secara emergency c-section, baby dan mama dalam keadaan baik sekarang. Terima kasih yang mendoakan.
Difahamkan, pelakon ‘Lara Aishah’ ini dijangka bersalin pada 17 Januari 2024, tetapi petanda untuk bersalin berlaku lebih awal.
Sekadar info, Dayana dan A’dale berkahwin pada 25 Disember 2020 dan mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Astrid Raheeya, 2 tahun.
Sumber: Dayana Roza