Kejutan Demi Kejutan di Episod Kedua Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) terus mencipta fenomena dalam dunia hiburan tanah air!
Episod kedua yang dinanti-nantikan menjanjikan malam penuh magis dengan persembahan yang tidak akan dilupakan. Dengan barisan persembahan bertenaga dan juri ternama, CSOIAM membuktikan ia lebih daripada sekadar rancangan realiti namun ia merupakan perayaan muzik dan bakat-bakat baharu.
Artikel Berkaitan: Pernah Kalah Dengan Tomok Musim Ketiga OIAM, Esther Kembali Dengan Semangat Yang Baru – ‘Siapa Tahu Kali Ini Dinobatkan Juara’
Artikel Berkaitan: Persembahan ‘Comeback’ KRU Di Pentas CSOIAM Ubati Hati Peminat Fanatik, Bukti Masih Terhangat Di Pasaran
Persembahan pembukaan oleh Dayang Nurfaizah
Episod akan datang, pentas CSOIAM akan dihidupkan oleh persembahan pembukaan yang bakal menggamit emosi Dayang Nurfaizah dengan lagu-lagu popularnya, Hakikat Cinta dan Lemah. Suara merdunya pasti menyentuh hati penonton di seluruh negara.
Turut mencuri perhatian dalam episod kedua ini adalah pemenang Terpaling Fizz episod pertama, Kai Deva, yang bakal bergandingan dengan legenda rock tanah air, Dato’ Nash dalam sebuah persembahan epik menerusi lagu ikonik Pada Syurga Di Wajahmu. Gabungan suara generasi baharu dan legenda ini pasti menjanjikan momen yang penuh emosi dan kehebatan di pentas.
Episod kedua CSOIAM menjanjikan malam penuh aksi dan emosi dengan kehadiran juri jemputan yang pasti akan menghangatkan lagi pentas! Minggu ini, CSOIAM mempersembahkan Yuna, seorang ikon muzik bertaraf antarabangsa yang dinanti-nantikan!
Kehadiran Yuna akan memeriahkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Dato’ Yusry, Ziana Zain, dan Chakra Khan. Gabungan luar biasa ini menjadikan pentas CSOIAM sebagai medan epik untuk para peserta menyerlahkan bakat mereka dan membuktikan kehebatan masing-masing. Bersiaplah untuk teruja dengan pandangan tajam, komen membina, dan aura memukau dari panel juri yang penuh prestij minggu ini.
Lagu-lagu hit
Minggu kedua yang membawa Tema ‘Melodi Indah, Segar Membara’! Lagu-lagu hit yang pernah mencuri hati suatu ketika dahulu, diberi nafas dan melodi baru yang segar. Mampukah peserta top 14 memukau juri dan penonton dengan X-faktor yang dinanti-nantikan? Persaingan minggu ini dijangka lebih sengit dengan 14 peserta terbaik membawakan lagu-lagu pilihan mereka:
- Trio XL – Khayalan
- Erfarina – Teringin
- Rezza Shah – Tiara
- Mariam – Di Persimpangan Dilema
- Aniq – Seribu Impian
- Alya Mardien – Janji Manismu
- Dhania – Sekadar Di Pinggiran
- Kai Dewa & Dato’ Nash – Pada Syurga Di Wajahmu
- Zazzleen – Aku Cinta Padamu
- Marygrace – Sepi Sekuntum Mawar Merah
- Jimi – Di Penjara Janji
- Dayang Ku Iffah – Elegi Sepi
- Hafiz Zainal – Relaku Pujuk
- Eylia Guntabid – Hanya Di Mata
Minggu ini menandakan bermulanya undian rasmi untuk CSOIAM! Gabungan 60% markah daripada juri profesional dan 40% undian penonton akan menentukan keputusan setiap minggu, bermula episod kedua sehingga episod kelapan.
Berikan impak sepenuhnya kepada peserta kegemaran anda, terdapat tiga cara mudah untuk anda peroleh undian:
- Pengguna baharu kini berpeluang menikmati 10 undian percuma hanya dengan mendaftar di Tonton!
- Pengguna Tonton sedia ada juga tidak akan ketinggalan, anda juga akan menerima tambahan 10 undian percuma setiap minggu secara automatik.
- Kini anda boleh membeli produk Calpis di Shopee untuk menebus baucar eksklusif yang memberikan tambahan 50 undian bagi setiap pembelian produk Calpis.
Undian anda adalah kunci kepada kejayaan mereka. Jangan lepaskan peluang untuk menyokong peserta kegemaran anda dengan cara yang paling berkesan.
Jangan lupa mengikuti perjalanan peserta menerusi Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal! Bermula 26 Disember 2024 hingga 8 Februari 2025, setiap Khamis hingga Sabtu jam 9:00 malam. Sorotan eksklusif ini membawa anda menyelami dedikasi, cabaran, dan pencapaian peserta sepanjang pertandingan.
Saksikan Keajaiban Episod Kedua Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) adalah sesuatu yang anda tidak mahu lepaskan! Siaran langsung bermula jam 9.00 malam di TV3 atau strim secara HD di Tonton. Jangan lupa ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami dalam mencipta fenomena luar biasa ini.