Pelawak terkenal Indonesia, Sule membuat permohonan maaf selepas dirinya dicop sombong oleh segelintir wargamaya di media sosial.
Ia susulan reaksi wajah serius yang ditunjukkan pelawak terkenal itu ketika menjadi tetamu bagi sebuah rancangan televisyen di sana.
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Hidup Aku Macam Ni? Tapi Tuhan..Sejak Itu Aku Nekad Buka Tudung’’ – Bekas Isteri Pelawak
Mohon maaf
Terbaharu, Sule atau nama sebenarnya Sutisna tampil membuat permohonan maaf ketika dijemput menjadi tetamu bagi program ‘Pagi Pagi Ambyar’.
Saya minta maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan saya. Apa yang jelas ialah saya tetap menghormati sesiapa pun tanpa mengenal latar belakang seseorang itu.
Apa yang berlaku ini merupakan satu pengajaran buat saya.
Tambah bapa kepada penyanyi Rizky Febian itu lagi, orang ramai sepatutnya tidak menilai seseorang itu berdasarkan luaran semata-mata.
Menurut Sule, dia mengakui raut wajahnya sedikit serius namun dia mempunyai hati nurani yang sangat baik terhadap orang sekeliling.
Yang menilai seseorang itu bukanlah manusia tetapi yang Maha Kuasa.
Muka saya memang kelihatan seperti seorang yang sombong tetapi saya mempunyai hati yang lembuit terhadap orang sekeliling.
Saya tetap hormat kepada orang lain dan itu sama sekali tidak akan mengubah apa-apa.
Video
Sumber: YouTube