berita

‘Dear Victim, Jangan Uji Diam & Sabar Saya’ – Fazura

November 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

fazura warning

Pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura meluahkan perasaan kecewa terhadap individu yang didakwa pernah diselamatkannya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Petik Nama Saya Pergi Clubbing Itu Tuduhan Berat’ – Fazura

Artikel Berkaitan: Fazura Nasihati Suri Rumah Kena Buat Simpanan Kewangan Sendiri – ‘Ada Yang Depresi’

Pesanan Fazura

fazura

Menerusi hantaran di Intsagram Story (IG), Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin memuat naik kata-kata tentang menyelamatkan seseorang yang toksik.

Saya menyelamatkan reputasi segelintir orang dengan tidak menceritakan tentang kisah saya. Adalah lebih baik berdiam diri. Orang jahat biasanya memusnahkan diri mereka sendiri ketika di dalam proses mencuba untuk memusnahkan anda.

Isteri kepada pelakon, Fattah Amin ini dilihat sudah lama menahan sabar dengan individu tersebut dan sempat meninggalkan pesan supaya tidak menganggunya lagi.

Wahai ‘mangsa’, jangan uji diamnya saya dan kesabaran saya semenjak sembilan bulan lepas kerana ia sudah sampai pada hadnya.

Walau bagaimanapun, selebriti berusia 40 tahun itu tidak menyatakan nama mana-mana individu dan masih menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet.

Terdahulu, Fazura menafikan dakwaan ‘clubbing’ namun aktres itu mengakui dia pernah memuat naik foto memakai hoodie di media sosial.

Sumber: Instagram Fazura

SKIP THIS AD ×