berita

Dedah Wajah Anak Mangsa Bunuh, Siti Zailah Didakwa Cuai & Tidak Sensitif

August 6th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusoff bersama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Dr Zaitol Salleh beberapa hari lalu membuat lawatan bertemu anak kepada pensyarah mangsa bunuh suami.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Siti Zailah mengucapkan takziah dan mendoakan semoga keluarga serta sahabat mangsa tabah mengharungi ujian. Walau bagaimanapun, beliau ditegur gara-gara memuat naik identiti anak mangsa.

Didakwa cuai lindungi hak kanak-kanak

Menerusi kenyataan media, wanita Pakatan Harapan (PH) meluahkan rasa dukacita dengan tindakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu. Mereka mendakwa Siti Zailah cuai dalam melindungi hak kanak-kanak apabila memuat naik posting di media sosial.

Dakwanya lagi, tindakan itu bertentangan dengan Akta Kanak-Kanak yang melindungi kepentingan, kebajikan dan keselamatan kanak-kanak.

Seharusnya lebih peka

Dalam kenyataan itu lagi, wanita PH menegaskan beliau seharusnya lebih peka dan sensitif dengan hak kanak-kanak dan menunjukkan tauladan yang baik kepada orang awam dan media. Dakwanya, tragedi traumatik ini tidak sepatutnya disebarluaskan.

Sumber : Marina Ibrahim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×