Bekas peserta Dewi Remaja, Deeba Halil berdepan detik cemas apabila bayi lelakinya, Aydan dipercayai tercekik makanan.

Artikel Berkaitan: ‘Nafas Anak Tiba-Tiba ‘Bising’, Air Liur Meleleh Gara-Gara Tertelan Bateri

Artikel Berkaitan: Viral Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Tercekik Biji Rambutan, Ini Teknik Heimlich Untuk Keluar Objek Tersekat

Anak tersedak

Menerusi hantaran di Instagram, Deeba menceritakan semula kejadian yang berlaku pada 16 Julai lalu.

Menurut Deeba, pada mulanya Aydan kelihatan normal selepas pembantu rumah memberikan makanan sehinggalah keadaannya senyap secara tiba-tiba.

Bibik bagi Aydan makan makanan solid sebelum mandi. Masa makan semuanya nampak normal.

Selepas itu, bibik mandikan Adyan, pakaikan baju dan tidurkan dia seperti biasa.

Beberapa minit kemudian, bibik ke tandas dan sempat beri kucing makan. Bila dia datang semula tengok Aydan, dia nampak Aydan terbaring senyap, mata terbuka, badan pun rasa sejuk. Bibik terus telefon saya.

Ketika kejadian, Deeba berada di pejabat dan hanya memberikan panduan cara untuk menyelamatkan bayi kepada pembantu rumahnya melalui panggilan video.

Bibik hantar video dan saya tahu Ayden choking, saya terus guide bibik step by step: terbalikkan Adyan, tepuk belakang, check dalam mulut.

Dalam masa yang sama, saya memang terus lari pergi parking kereta. Masa Adyan mula menangis, saya terus telefon ambulance dan jiran.

Dalam kereta, saya video call bibik sambil memandu, tengok keadaan Adyan dan bagi panduan dekat bibik sampailah Adyan muntah lendir yang ada kesan darah.

Masa tu, hati ni macam nak pecah, takut semua ada. Bayangkan tengok anak diam je tak nangis. Sumpah, takut.

Jangkitan paru-paru

Setelah tiba di hospital, doktor mengesahkan bahawa anaknya mengalami jangkitan paru-paru.

Bagaimanapun, Deeba tetap bersyukur kerana jirannya sudi membawa Aydan ke hospital.

Adyan terus di masukkan ward CCU untuk pemantauan. Doktor sahkan Adyan alami jangikitan paru-paru akibat tersedak.

Justeru, Deeba menyeru kepada semua kaum ibu supaya mempelajari teknik menyelamatkan bayi agar dapat memberi pertolongan awal kepada anak andai berdepan dengan situasi yang tidak ingini.

Bila saya terangkan balik kejadian tadi, doktor dan jururawat cakap tindakan saya memang betul dan cepat.

Alhamdulillah, ilmu safety aid masa kerja cabin crew sangat membantu. Mommies tolonglah kalau ada masa tengok video untuk rawatan bayi yang tercekik. Ia boleh menyelamatkan nyawa anak.

Sumber: IG Deeba Halil