berita

‘Degil’ Nak Teruskan Majlis Kahwin, Pengantin & Ibu Bapa Meninggal Dunia Akibat Covid-19

November 13th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Semakin hari kes peningkatan Covid-19 semakin bertambah, terutamanya di negara Indonesia. Tambahan pula, vaksin bagi virus tersebut masih dalam proses uji kaji dan belum dapat digunakan kepada orang awam.

Di Indonesia, berlaku kisah sedih di mana seorang pengantin, meninggal dunia akibat positif Covid-19. Lagi menyedihkan, apabila kedua ibu bapanya turut menerima nasib yang sama dan akhirnya meninggal dunia.

Enggan dirawat

Foto: Global News

Memetik laporan Kompaspengantin perempuan yang dikenali sebagai LD, berusia 28 tahun, meninggal dunia pada 5 November yang lepas. LD sebelum ini dia dilaporkan pulang dari Jakarta, dua hari sebelum tarikh pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober. Namun, ketika itu dia sempat mengadu mengalami sakit-sakit belakang dan terus berjumpa doktor bagi mendapatkan kepastian.

Ketika itu, LD diminta untuk tinggal di hospital terlebih dahulu, bagi membuat pemeriksaan secara lebih mendalam. Namun, dia ketika itu enggan berbuat demikian kerana sedang membuat persiapan untuk perkahwinannya. Mengikut perancangan, kenduri tersebut akan dijalankan secara sederhana di rumah pengantin perempuan sahaja.

Setelah proses akad nikah berlangsung, pasangan pengantin ini akan berangkat ke Wonogiri bagi upacara Ngunduh Mantu (sesi berkenalan bersama ahli keluarga yang lain). Dalam perjalanan, LD mengadu sakit dan terus dibawa ke hospital RSUD Moewardi Solo. Hasil pemeriksaan, LD disahkan positif Covid-19, dan dia ketika itu turut mempunyai sejarah penyakit asma.

Ibu ayah turut terkena tempias

Foto: Made For Minds

Setelah sehari LD meninggal dunia, ibunya turut dikejarkan ke hospital dan disahkan positif Covid-19. Ibunya telah meninggal pada Jumaat yang lepas dan hasil pemeriksaan ibunya didapati mempunyai sejarah penyakit diabetis.

Susulan daripada tersebut, pihak hospital turut melakukan pemeriksaan kepada ayahnya kerana keadaan ayahnya yang tidak stabil ketika itu. Ayahnya yang turut disahkan positif Covid-19 meninggal dunia pada Isnin yang lalu.

Proses ‘tracking’ dilakukan

Foto: Health World

Susulan tiga mangsa dalam satu keluarga yang disahkan positif Covid-19, proses menjejaki kontak rapat dengan keluarga tersebut giat dijalankan bagi mengelakkan lebih ramai berjangkit. Hasil laporan, dipercayai ketiga-tiga mereka mempunyai kontak rapat dengan 113 orang yang lain.

Mereka (113) telah dipanggil menjalani ujian calit, dan masih menunggu keputusan sehingga kini. Proses ujian calit itu dilakukan dua hari yang berbeza kepada mereka yang terlibat.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×