berita

Dekat Sekolah, Mesti Akan Ada Jenis-Jenis Cikgu Macam Ni!

November 16th, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Bila dah kerja ni, teringat balik zaman persekolahan dulu. Paling tak boleh lupa, kalau kena marah atau kena denda dengan cikgu. Malu satu sekolah beb!

Nakal-nakal jugak, tapi bila kantoi dengan cikgu, memang berpeluh satu badan. Takut kena rotan punya pasal! Tapi sebenarnya, semua tulah memori yang paling dirindui. Bila ingat balik, tersengih sorang-sorang.

Korang ingat lagi tak cikgu-cikgu korang kat sekolah dulu? Admin gerenti, kat sekolah korang mesti ada cikgu-cikgu yang macam kami senaraikan ni kan? Setuju tak?

Garang macam harimau!

Setiap sekolah mesti akan ada seorang cikgu yang semua murid takut. Selalunya cikgu disiplinlah. Dulu kat sekolah admin, cikgu disiplin memang garang gila. Bila dia lalu, seorang pun tak berani angkat muka.

Cikgu ni memang muka ketat je, akan selit rotan kat bawah ketiak dia lepas tu round satu sekolah. Masa ni, siapa yang kantoi ponteng kelas ke ataupun rambut panjang memang kena sedas la rotan kat betis. Pedih weh!

“Speak English only!”

Cikgu Bahasa Inggeris pun selalunya tegas jugak. Ramai jugak budak-budak yang takut sebab tak paham dan tak pandai nak speaking. Haha! Dulu kan, cikgu Bahasa Inggeris admin memang strict gila. Dalam kelas dia, seorang pun tak dibenarkan cakap bahasa lain selain Bahasa Inggeris. Siapa terlepas cakap, kena denda 20 sen dan duit tu masuk dalam tabung kelas.

Memang tergeliat lah lidah setiap kali kelas dia. Siapa yang cikgu English dia macam ni jugak? Tapi, bagus gak dia buat macam tu, bila dah selalu speaking, lama-lama Bahasa Inggeris kita pun dah improved!

Cikgu kaki buat lawak

Selalunya cikgu yang kuat melawak ni memang jadi kesayangan ramailah. Bila cikgu ni bukak mulut je, confirm satu kelas tergelak. Yelah, bila selalu buat lawak, murid-murid pun rasa selesa dan mesra dengan cikgu tu.

Lepas tu pulak, bila waktu cikgu ni mengajar, memang takkan rasa bosan langsung dan senang je masuk dalam kepala apa yang dia ajar tu. Masa ni, sejam dia mengajar tu tak terasa pun. Sedar-sedar dah habis kelas.

Mak aih..wanginyaa!

Kat sekolah mesti akan ada cikgu yang jenis suka bergaya. Memang dia jaga betul penampilan. Kalau boleh, baju mesti nak matching dengan tudung, kasut dengan handbag hari-hari bertukar, make up pulak kena on-point!

Perghh..sekali berselisih dengan dia, bau perfume memang harum semerbak! Belum lagi kalau dia masuk kelas, memang satu kelas bau wangi!

“Kelas, harini saya nak buat spot check..

Kredit: gunawanledang.blogspot

Masa zaman sekolah dulu, kesalahan yang paling popular adalah bawak handphone, simpan kuku panjang, tak pakai stokin, rambut panjang, dan tak kapur kasut. Paling nervous kalau tiba-tiba cikgu masuk kelas dan terus nak buat spot check. Mana yang rambut panjang tu, terus kena botakkan kepala, yang kuku panjang, kena ketuk tangan dengan pembaris kayu. Adoii!

Siapa yang bawak handphone pulak, memang kelam kabut la guna kreativiti masing-masing untuk sorok barang terlarang yang diorang bawak tu. Ada yang sorok kat dalam stokin dan anak tudung. Kalau kantoi, memang habis lah fon korang kena rampas. Padan muka!

Cikgu kaki bisnes..

Cikgu jenis ni, segala macam benda dia nak jual. Barang kosmetik, kerepek, tudung, baju, perfume, kalau boleh semua dia nak jual. Memang otak bisnes betul.

Kalau time tak mengajar, terus keluarkan katalog dan panggil cikgu-cikgu yang lain untuk tengok apa yang dia jual. Cikgu jenis ni memang rajin dan gigih betul.

Tapi apa pun, admin memang respect habis dekat semua cikgu. Yelah, bukan senang nak mendidik pelajar yang macam-macam ragam ni. Kepada guru-guru yang ikhlas mengajar dan mendidik, terima kasih. Tanpa mereka, siapalah kita pada hari ini kan.

Menjelang 2020, Bahasa Melayu akan menjadi bahasa popular di persada dunia!

Oh ya, kalau korang nak tahu, pada 12 Julai 2018, Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melancarkan Dekad Bahasa Kebangsaan. Ianya satu pelan komprehensif untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pilihan utama dalam kalangan penutur Bahasa Melayu di Malaysia dan di rantau Association of Southeast Asian Nations (ASEAN).

Ini juga termasuk untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara dan bahasa rasmi dalam pembelajaran pada tahun 2020 nanti. Wow! Makin meluas dan berkembanglah bahasa ibunda kita ni nanti. Bangganya!

Antara inisiatif pelaksanaan Dekad Bahasa Kebangsaan (2020-2030) ni ialah:

1- Memperkasakan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang mencakupi pelbagai bidang dan sektor di Malaysia.

2- Memperkasakan perancangan dan pemupukan bahasa Melayu tinggi bagi membentuk tamadun bangsa Malaysia yang berbudaya dan berakhlak mulia.

3- Merealisasikan bahasa melayu sebagai wadah pembangunan negara

4- Mengantarabangsakan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama di Asean dan menjadikan Malaysia sebagai pusat persuratan Melayu terulung di dunia!

Yang lagi membanggakan, inisiatif Pelaksanaan Dekad Bahasa Kebangsaan (2020 – 2030) ni jugak akan memperkasakan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa dengan misi untuk menjadikan Bahasa Melayu tergolong dalam kelompok enam bahasa yang ingin dipelajari di dunia menjelang tahun 2030. Hebat!

Sebagai rakyat Malaysia, admin harap sangat usaha kerajaan ni berjaya dan mampu menjulang martabat negara kita supaya dikenali di seluruh dunia. Malaysia Boleh!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik di sini [url]

 

SKIP THIS AD ×