berita

‘Demi Allah, Pakcik Mengaku Salah..’ – Doktor Kongsi Pengalaman Berdepan Pesakit Covid-19

January 7th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Di Facebook, doktor Ahmad Zakimi Abdullah berkongsi pengalaman merawat seorang pesakit Covid-19 yang tidak pernah percaya kewujudan virus ini. Malah, pesakit itu turut mengakui tidak patuh pada prosedur operasi standard (SOP) dan mempercayai semua khabar angin karut mengenai pandemik ini. Namun, selepas disahkan positif Covid-19, pesakit ini memohon maaf dan beri pesanan kepada semua.

Sesak nafas

(sekadar gambar hiasan)

Pakcik ok?” Soalku ringkas. “Ginilah doktor,” jawab in pakcik juga ringkas, tercungap-cungap. Namun pakcik masih mampu tersenyum dengan linangan air mata.

“Sabar ya pakcik. Saya bantu.” Aku cakap sedikit kuat kerana dalam keadaan PPE penuh.
Pakcik ini seorang pesakit positif ujian COVID-19.

Menurut doktor ini, seorang pesakit warga emas hadir ke hospital dalam keadaan tercungap-cungap dan tidak sihat. Beliau terpaksa masuk dalam bilik dekontaminasi untuk memeriksa pesakit itu samada memerlukan bantuan pernafasan atau tidak. Selepas diperiksa, pesakit itu didiagnoskan COVID-19 tahap 4-5.

Setiap kali aku berkelengkapan dengan PPE penuh, namun hati ini tetap kurang senang. Yalah, kita berdepan dengan satu virus COVID-19 seolah-olah halimunan. Setiap kali, hati ini mesti berdebar-debar. Inikan pula berdepan dengan pesakit sah positif COVID-19 yang sedang bertarung nyawa.

Tipulah jika kata “aku tak takut”. Demi Allah aku takut. Sambil aku memeriksa keadaan pakcik, terus pakcik berkata, “doktor nak tahu cerita?”

Tak percaya Covid

(sekadar gambar hiasan)

Sedang dalam rawatan, pesakit itu memberitu dia tidak percaya Covid ini wujud kerana diktakan iluminati dan hanya sekadar konspirasi orang kafir. Pesakit ini akui dia mengambil lewa saranan KKM untuk patuh pada SOP.

“Pakcik ingat macam selsema biasa ja. Rupanya begini bahaya ye,” sambung pakcik lagi.
“Takpe pakcik. Sabar ye. InsyaAllah saya akan bantu.”
“Demi Allah. pakcik mengaku, pakcik salah. Sebelum ini tak percaya doktor. Pakcik menyesal tak pakai mask”

Walaupun ini bukan perkara pertama didengarinya, beliau tetap mendengar luahan pesakit itu dalam keadaan tak cukup nafas.

“Nanti apa-apa doktor bagitau orang lain semua percayalah COVID ni pastu suruh pakai mask ye doktor.” Pesanan terakhir pakcik COVID sebelum saya minta diri untuk keluar dari bilik itu. Ya, pakcik. Aku akan sampaikan kepada seluruhnya. Hatiku sayu.

Please people please! COVID-19 adalah benar. Tolonglah ikut pemakaian pelitup muka, kekalkan penjarakan, kerap basuh tangan dan elakan ditempat yang sesak. Ikut SOP. InsyaAllah sedikit masa lagi kita akan menerima vaksin.

Tambah doktor ini lagi, sepanjang beliau merawat pesakit Covid-19, masing-masing pasti tidak percaya mengenai pandemik ini sehinggakan tidak peduli untuk memakai pelitup muka.

Sumber : Ahmad Zakimi Abdullah

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×