Demi membuatkan kemunculan kembali di pentas Gegarvaganza musim ke-11 (GV11), penyanyi Sheila Abdull sanggup mengorbankan waktu bersama keluarga.
Artikel Berkaitan: Arrora Salwa Sertai GV11 Untuk Buktikan Kemampuan, Sanggup Ambil Cuti Tanpa Gaji Selama Empat Bulan
Artikel Berkaitan: Ning Baizura Setuju Sertai GV11 Demi Ibu, Ingin Cipta Kenangan Terindah – ‘Dia Dah 80 Tahun & Hidap Dimensia’
Berjauhan dengan anak
Sheila, 36, berkata, dia terpaksa berjauhan seketika dengan anak-anaknya yang masih kecil berusia lima bulan hingga lima tahun.
Saya memang korbankan waktu bersama anak-anak dan keluarga. Anak saya yang pertama usia lima tahun, kedua dua tahun dan ketiga baru lima bulan. Yang bongsu masih menyusu.
Saya berjauhan dengan anak (di Johor), saya terpaksa simpan stok susu untuk yang bayi itu. Tidak menjadi masalah untuk keluarga di Johor bantu jaga. Tetapi, emosi mungkin terganggu sedikit.
Sheila berkongsi mengenai perkara itu di sidang media konsert minggu pertama GV11 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada Ahad.
Mengakui sedikit mencabar pada mulanya, pelantun lagu Mungkinkah itu berkata, dia sentiasa mengingatkan anak-anak tentang tugas dan kerjayanya sebagai penyanyi.
Saya cuba untuk fahamkan anak-anak, saya beritahu mereka yang tidak lama pun. Pertandingan ini tiga bulan sahaja. Tapi mereka tak faham lagi, jadi kena sentiasa ingatkan.
Minggu pertama memang agak mencabar. Kadang video call, nampak mereka macam sedih. Tapi hujung minggu mereka akan datang KL untuk beri sokongan kepada saya.
Anak-anak tahu saya penyanyi, lagi pula nampak gambar-gambar saya di media sosial. Nampak mereka teruja.
Terdahulu, Sheila berjaya menduduki tangga kelima pada konsert minggu pertama GV11 dengan memperoleh markah sebanyak 65.75 peratus.